Pembelian Benayoun bolehlah dianggap berbaloi dengan bayaran £5 juta dari West Ham. Impak beliau di Upton Park dulu masih lagi terasa. Datang ke Anfield untuk meggantikan Li’l Luis Garcia, Benny masih dibayangi oleh kehebetan dan respek peminat kepada Garcia. Maka tidak hairanlah akhiran ini setelah Rafa mengubah taktikal dengan bermain secara serangan dan tempo yang tinggi akhirnya Benny makin kerap dipilih. Posisi kiri pada awal musim telah yang didominasi Riera telah menjadi posisi pilihan Rafa untuk beliau. Terkadang juga Rafa akan membawa masuk Benny sebagai Sayap Kanan dan juga penyerang tambahan.
Walaupun diketahui bahawa Garcia merupakan pemain hebat dalam perlawanan besar, namun Benny punyai kehebatan tersendiri. Beliau kekadang nampak agak fancy dari segi skillnya namun tidaklah terlampau suka melakukan set-over yang melampau-lampau. Namun apa yang lebih mengujakan saya lihat, dia bijak mencari ruang , melakukan pergerakan dan hantaran kilat dalam posisi serangan. Ini menunjukkan beliau pemain yang bijak dan dapat membuka kunci pertahanan lawan yang kuat.
Disamping itu juga Benny berupaya mengharungi sepak terajang Liga Perdana yang ternyata lebih kepada aspek fizikal dan pantas. Berkat kesabaran itu, maka Rafa telah memberikan Benny kontrak terbaru selama 2 tahun lagi. Kelab seperti Altletico Madrid, Man City dan Spurs dikatakan beriya-iya untuk mendapatkan Benny kerana kontrak beliau hanya berbaki setahun lagi.
Dengan kontrak terbaru itu Benny perlulah menunjukkan kebolehan dan persembahan yang konsisten untuk memikat hati Rafa dalam mendapatkan peranan dalam pasukan . Persaingan musim depan mungkin tidak ketara jika tiada pemain masuk, namun jika David Silva berjaya dibeli maka, Benny terpaksa memberikan persembahan 200%. Jika tidak beliau sekadar akan menjadi pemain gantian sepenuh masa.
No comments:
Post a Comment