Persiapan pra-musim sedikit terbantut dengan berita kecederaan Daniel Agger. Walaupun Carragher dan Skrtel masih merupakan pemain utama, tetapi Agger masih perlu dalam pasukan jika apa terjadi pada mereka berdua. Kalau dahulunya Hyppia boleh menjadi galang-gantinya apabila Agger berehat panjang, kini Rafa terpaksa mencari altenatif lain.
Sebelum ini Sylvian Distin dari Portsmouth telah dikaitkan sebagi pengganti ideal tempat Hyypia. Malah sebelum Distin ke Pompey, Rafa pernah membida bekas pemain Man City ini tetapi tidak berdaya. Ini kerana Distin ketika itu masih berharap menjadi tonggak dalam kesebelasan utama. Kriteria dan kebolehan yang ada pada Distin tidaklah sehebat Hyypia, namun pengalaman beliau merupakan aset untuk tugasan bidan terjun ini.
Alternatif lain yang lebih kepada ideal bagi peminat ialah menyerapkan pemain muda iaitu Martin Kelly atau Mikel San Jose sebagai bek simpanan. Perlu dingat kedua-duanya mempunyai prospek yang agak baik untuk menjadi pemain hebat untuk pada masa depan. Tetapi jika diberi pilihan saya lebih berharap Kelly akan lebih mendapat peluang kerana beliau merupakan pemain tempatan dan memenuhi kuota terbaru UEFA .
No comments:
Post a Comment