
Ramai peminat fanatik telah mengecop Mikey Owen sebagai pengkhianat Liverpool. Ini setelah beliau telah menjadikan Old Toilet sebagai destinasi terakhir karier beliau. Ini merupakan pengkhianatan kedua setelah beliau memilih untuk tidak menandatangi kontrak dan pergi ke Real Madrid dengan bayaran yang kurang setimpal.
TETAPI.... harus dingatkan bahwa ini merupakan peluang depan mata bagi beliau. Kalau tidak memilih Old Toilet, pastinya beliau sekadar menjadi pemain Skuad Harimau Hull. Dan Rafa pula tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan beliau bagi memberikan peluang beraksi semula di depan peminat.
Saya dalam kes ini seakan berbelah bagi. Bukannya apa sebelum ini saya pun memandang remeh terhadap keupayaan Owen kerana rekod kecederaan beliau yang seakan tidak boleh pi dah. Tetapi jika Man U berjaya memulihkan kembali Owen maka mereka pastinya mendapat durian runtuh seruntuh runtuhnya.
Namun apa pun darah yang mengalir dalam diri Owen bukannya berdarah merah tetapi berdarah biru. Ini kerana beliau merupakan Evertonian sejati. Mungkin faktor itu beliau lebih selesa bersama Ronney Shrek untuk berbanding Torres. Apa pun selamat berjaya untuk Mikey diatas jasanya yang tak seberapa di Anfield.
No comments:
Post a Comment