Pemergian Arbeloa ke Real Madrid memang telah dirancang sejak dari seawal musim lalu. Ramai yang tidak mengetahuinya kerana perkara ini tidak dihebahkan oleh pihak terbabit (Rafa, Arbeloa dan ejen). Beliau menolak kontrak baru kerana tidak dapat memenuhi apa yang dinginkannya iaitu gaji dan kesebelasan utama. Pembelian Glen Johson telah memberikan bayangan jelas yang musim lepas adalah musim terakhir beliau di Anfield.
Sememangnya dengan reputasi beliau sebagai pemain antarabangsa Sepanyol, ego untuk bermain sebagai pemain utama tidak boleh dipertikaikan. Rafa tidak berupaya memberikan Arbeloa komitmen itu kerana beliau yakin Arbeloa bukannya mampu ketahap yang lebih tinggi. Bukannya memperkecilkan kebolehan beliau, tetapi Glen Johson lebih memenuhi tuntutan dalam reformasi beliau. Arbeloa adalah pertahanan konsisten tetapi kurang deria serangan berbanding Johnson. Mari kita imbas kembali kedatangan Arbeloa ke Anfield. Kedatangn beliau dari Deportivo tidak sedikit pun diberikan reputasi tinggi malah ada juga yang menganggap Rafa telah membawa Josemi ke-2 dalam pasukan. Tetapi setelah perlawanan ketika menentang Barcelona pada musim pertama beliau disini barulah kita dapat melihat siapa Arbeloa sebenarnya. Bekas pemain remaja Real ini bagaikan permata didalam lumpur yang berjaya digilap Rafa dalam sekelip mata. Malah pemain versetail ini cukup konsisten untuk kedua-dua posisi fullbek.
Pemergian beliau akan dingati walaupun ramai yang inginkan beliau kekal. Faktor percaturan undang-undang terbaru UEFA juga menjadi implikasi dalam pemergian beliau. Tak ada terkilan dengan pemergian beliau kerana masih banyak rebung baru yang boleh dilentur. Darby dan Kelly dan mungkin Spearing boleh menjadi timbalan kepada Johnson. Namun apakah ini menjadi tanda yang Rafa bakal mengurangkan kontinjen luar untuk digantikan dengan anak tempatan.
No comments:
Post a Comment