Barisan pemain utama kita bolehlah dikatakan setara dengan pasukan 4 terbaik yang lain. Jika kita menggunakan formasi 4-4-2 maka Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, Insua, Mascherano, Gerrard, Reira, Benayoun, Kuyt dan Torres adalah barisan terkuat kita. Namun Rafa rasanya akan memilih 4-2-3-1 dengan menjadikan Lucas diposisi yang ditinggalkan Alonso sementara menantikan Aquilani pulih. Barisan ini boleh dikatakan antara yang mampu menyaingi kekuatan pasukan lain untuk kejuaraan Liga Perdana.
Namun apa yang membezakan kita dengan Man United atau Chelsea, adalah kurangnya kekuatan pada barisan simpanan. Jika Man U mempunyai O’shea, Brown, Flecther, Giggs, PJ Sung dan juga Owen dan Chelsea mempunyai Alex, Ivanovic, Fareira, Balleti, Mikel, Deco, Zhirkov, Kalou dan Shevchenko, pasukan kita pula dibarisi seperti Darby, Degen, Agger, Kelly, San Jose, Ayala, Dossena, Spearing, Plessis , Babel, Ngog dan Voronin. Walaupun Agger, Degen, Dossena dan Babel mampu bersaing untuk kesebelasan utama tetapi pemain lain rata-tanya muda dan cetek pengalaman. Ini merupakan sedikit kelemahan yang membezakan kita dengan Man U dan Chelsea.
Saya sendiri kalau boleh ingin melihat pemain muda kita diberikan peluang. Tetapi jika silap percaturan silap-silap bukan sahaja boleh mengakibatkan keputusan yang mengecewakan tetapi juga perkembangan dan moral pemain akan lingkup. Contoh yang terbaik seperti berlaku kepada Jack Hobbs. Ketika bermain bersama skuad remaja beliau berjaya memperolehi kejuaraan Piala FA remaja dan dibayangkan akan menjadi pengganti Hyypia pada masa depan. Contoh kedua adalah Plessis yang mana tidak mampu bermain baik seperti mana pelawanan sulung beliau di Emirate.
Apa yang ingin saya tekankan disini adalah faktor pengalaman serta keupayaan untuk bersaing dalam sepak terajang Liga Perdana belum ada pada pemain muda kita. Hanya Insua yang betol-betol mantap dan telah menjadi pemain utama. Pemain lain seperti Kelly, Spearing, Nabil dan Ngog antara yang bakal diberikan peluang dalam kesebelasan untuk persaingan EPL dan mereka sahaja yang saya rasa boleh memberikan sedikit persaingan. Namun itu semua bergantung kepada keupayaan mereka untuk memberikan yang terbaik dan menunjukkan kebolehan masing-masing. Yang lain-lain bakal diberikan peluang dalam Perlawanan Piala Liga untuk menguji kemampuan mereka.
siapa sahaja seharusnya di beri peluang... kecuali LUCAS..tidak tidak no more Lucas in the midfield selain dari mendatangkan kekalahan pada Liverpool!
ReplyDeleteteruk ngat ke Lucas main??
ReplyDelete