
Masih banyak kerja baikpulih yang perlu dilakukan Dalglish keatas pemain. Berdasarkan kekalahan awal pagi tadi saya rasa Kenny sedang menguji pemain sedia ada sebelum mengarahkan Comolli mencari segera pemain yang lebih baik dari yang ada sekarang. Nampaknya ujian kali ini gagal, Skrtel,Poulsen, Johnson, Jovanovic serta Kuyt mungkin antara calon yang saya nampak agak ketara merosot permainan pagi tadi.
Namun begitu, Torres telah mendapatkan kembali sentuhan berbisa tetapi bisanya hanya sekali patuk. Lepas gol awal, dia terus nampak kembali pendiam. Berkemungkinan ianya berpunca dari Gagasan Kuyt dan Jovanovic yang kurang memberikan umpanan cantik dan acappkali meramaikan bahagian tengah, padahal Lucas, Meireles dan Poulsen sudah berada disana juga. Sebab itulah kita jarang melihat serangan dari sayap melainkan ianya dilakukan oleh bek sisi, Kelly dan Johnson.
Punca sebenar kekalahan adalah kealpaan pemain, bukannya taktik. Gol Fletcher hadir setelah dia berjaya menyelinap masuk antara Agger dan Skrtel dan mudah mengecewakan Pepe. Gol kedua adalah paling sial. Gol Dj Campbell sepatutnya boleh dihalang jika pemain kita yang menjaga pemain itu. Itu sebabnya pemain tinggi seperti Hyypia perlu dibawa masuk untuk mengatasi pihak lawan dalam pertembungan di udara.
Sememangnya Kenny cuba menenangkan pemain yang mereka akan berusaha sedaya bermain cantik walaupun ketiadaan Kapten Gerrard yang digantung 3 perlawanan. Tapi nampak gaya pasukan masih memerlukan perancang seperti Gerrard yang dapat mengusai tempo permainan.Malah selagi tiada pekikan Carragher ditengah padang barisan pertahanan mungkin akan terlena dan dibuai mimpi sayhdu.
Harapan untuk melihat Liverpool akan memperbaiki kedudukan sukar dijangka. Namun kita punya kelebihan adalah 4 perlawanan mendatang yang boleh dikategorikan peluang meraih mata penuh. 3 perlawanan dirumah menentang Everton, Fulham dan Stoke disamping Wolves diarena lawan. Diharap tiada lagi keciciran dan mampu melonjak kembali.
under daglish so far, liverpool move the ball with more pace but still lacking accuracy of passing.midfield surely lacked of idea all around the pitch.Torres need more killer ball and meireless failed to do that..we need a new player especially natural winger..
ReplyDeletemidfield masih lagi xteratur & xberfungsi..
ReplyDeleteBila Meireles-Poulsen kt tgh: Midfield xgerak..pergerakan bola selalu defensive, bnyk pass belakang
Bila Lucas-Meireles : OK sket..Tapi banyak sangat simple pass & short pass. Patutnya kene ada salah sorang bagi pass through utk striker or buat pass through or crossing utk winger.
Nie tidak, kene tunggu opponent pressure & buat tight marking, baru la nk bagi bola kt winger.
Johnson - kiri/kanan..sama je..nmpak mcm malas je dlm game tue..Tapi crossing bnyk dtng dari fullback kiri kanan..
Defender - Ni 1 lg hal.Xtaw la nk kata. Tgh tido ke apa. Mungkin btol jgk, kerana Carra xde so xde orang nk memekik biar defender lain sedar apa yg harus diorang dibuat..