
Tak banyak yang diperkatakan untuk perlawanan ini. Falsafah main buruk janji menang bukan cara kita, namun gol sendiri hadiah Pantsil kepada kita amat bernilai. Ini merupakan kemenangan pertama Kenny digelanggang sendiri dan kedua berturut turut. Pasukan kita naik mencanak ketangga ke-7 Liga perdana. Dan ini juga perlawanan terakhir untuk menutup kalendar Januari.
Namun saya maasih tak puashati kerana Poulsen masih lagi diberikan peluang menggantikan Lucas. Walaupun beliau banyak membantu ketika bertahan namun agak lembab apabila pasukan ingin bermain hantaran pantas. Malah Jonjo lebih nampak matang setelah masuk gantikan Kuyt, padahal sepatutnya Poulsen yang kena ganti.
Hero perlawanan tadi selayaknya kita beri pada John Pantsil, sebab dia memberikan kemenangan. Namun dipihak kita saya undi Pepe Reina kerana banyak kali menggagalkan usaha trio serangan Dembele, Dempsey dan Johnson. Meireles juga jatuh nombor dua kerana berjaya mengelakkan Fulham menyamakan keputusan apabila mengelluarkan bola dari kawasan bahaya setelah Reina telah tertewas.
Kemasukan Gerrard banyak merubah struktur permainan. Dia tidak bertindak sebagai pemain penyerang tetapi banyak menggerakkan permainan ditengah dengan membiarkan Meireles lebih keatas. Maxi dan Kuyt bertindak sebagai pembantu Torres namun kedua-duanya agak tenggelam. Mereka lebih banyak menghimpit ketengah berbanding lawan Wolves dimana mereka banyak membuat larian mengelirukan dibahagian sayap.
Kelly dan Johnson bermain baik, namun mereka bernasib baik kerana Fulham tidak banyak menyerang dari sayap. Saya kagum dengan Johnson yang acapkali melakukan larian hingga kedalam kotak penalti dan juga berani melakukan percubaan yang membuatkan penjaga gol Fulham terpaksa menepis keluar. Kelly pula nampak lebih bertahan namun sekali sekala beliau keluar menyerang dengan hantaran lintang berbahaya.
Apapun jua tahniah buat Kenny dan pemain kita yang menunjukkan peningkatan bukan dari segi persembahan mantap namun mentaliti untuk menang dan lawan hingga ketitisan peluh terakhir. Kenny kena desak Commolli dan NESV mengotakan janji untuk mendapatkan pemain baru yang berkualiti. Kalau nak pasukan lebih hebat dan meningkat, kena melabur sedikit (atau banyak). Calon dah ada cuma kena cepat sikit sebelum pintu perpindahan tamat.
yess!!! hehhe
ReplyDeleteingat boleh tgk pacheco main, skali aurelio dgn shelvey plak...
ReplyDeleteyeay..menang...
ReplyDelete1)Meireles terus menunjukkan prestasi baiknya..
2)Dengan adanya Meireles Gerrard kat tengah, permainan nampak lebih kreatif di tengah..
3)Winger kiri kanan dah xmacam winger, suka nk masuk tengah..huhuh tu kene cari natural winger sorang tue..
-Agaknya kalo jd beli Charlie Adam, kat mana nk letak yer..
-Kalo jd beli Suarez plak, apakah bahagian midfield menjadi gandingan meireles-gerrard?
-Atau adakah Kenny perlu ubah formasi nanti..4-3-3?