
Saya menjadi peminat Liverpool setelah pemergian Raja Kenny dan ketibaan Souness si pelingkup. Jadi saya tidak pernah mengikuti bagaimana corak permainan hantar dan gerak (pass & move) yang menjadi cara permainan Liverpool di era kegemilangan. Semalam lawan anak serigala, padang Moulinuex macam padang sekolah Tamil, pemain Liverpool telah bermain apa yang dikatakan mirip pasukan 80an main. Entah betul atau tidak tetapi bagi saya, zaman Souness, Evans, Houllier, Rafa dan apatah agi Hogdson belum pernah pasukan kita main sebegini licin bergerak dari awal sehinggga tamat perlawanan. Kesemua pemain termasuk Skrtel dan Poulsen macam minum tonik ajaib dari Kenny, berubah dari kehampasan sekelip mata jadi bersemnagat.
Formasi 442, 80an sudah lapuk dan sudah ditinggalkan oleh pengagungnya, Kenny. Beliau akur inovasi formasi 4231 Rafa dalam skuad Liverpool adalah terbaik dan mengabaikannnya adalah satu kezaliman. Malah dalam situasi menyerang automatik 433 akan terhasil, ajaibkan. Kemasukan Poulsen amat memeranjatkan. Tapi siapa boleh pertikai Sang Raja. Sebetulnya Poulsen ada guna, namun abilitinya terbatas kerana dia lembab nak mampus, tetapi cepat nampak ruang buka serangan. Kerana itulah dalam kes Wolves, pemain kombat macam Polusen diperlukan. Kalau main Spearing saya rasa mungkin dibuli macam senior buli junior asrama. Kemasukan Jonjo mungkin akibat kad kuning awal yang diterima.
Kalau tak cerita pasal Torres memang tak lengkap malam cemerlang kita. Kad kuning yang diterima adalah bukti komitmen beliau. Dua gol malam tadi adalah hadiah kembalinya penyerang kita dari kegersangan. Saya rasa kalau El Nino lebih sabar serta yakin diri sendiri mau berkandar gol terhasil. Namun cukuplah ianya buat pemabakar semangat, simpan untuk lawan Fulham hujung minggu ini pula. Kehadiran Meireles sebagai bidan terjun di posisi Kapten Gerrard kian membuahkan hasil. Gol voli atau ceduk atau lob, apasajalah isitilah untuk jaringan Raul sangat cantik molek sokmo. Gol itu juga ibarat penyentap semangat Wolves untuk kembali bangkit.
Saya ingin sekali lagi ingatkan semua bahawa Kelly punyai masa depan yang cerah. Dia bukan seperti Insua, kerana susuk mereka berbeda. Jadi memberikan peluang awal kepada Kelly tak akan merencatkan pembangunan mental fizikal beliau walaupun musim ini musim gerhana. Malah saya yakin pengalaman akan mengajar beliau untuk menjadi lebih hebat, malah lebih hebat daripada Carragher. Apatah lagi beliau adalah hasil produk Akedemi pula. Pemain muda lain perlu mengambil contoh pemain ini. Lagi satu saya rasa kalau Hodgson masih di Anfield, minta maaflah, silap haribulan Luke Young atau Pascal Chimbonda akan dibeli untuk memberikan persaingan kepada Johnson.
Perasan atau tidak, Steve Clarke bekas jurulatih Chelsea adalah salah seoarang arkitek kejayaan kita malam itu. Dia adalah penasihat taktikal baru untuk Kenny. Sebab apa falsafah bolasepak ala Chelsea telah diterapkan, cuma kita belum ada set pemain yang dikehendaki untuk corak sedemikian. Hantaran satu dua yang pantas serta larian Meireles jarang kita lihat era Hodgson sebelum ini. Memang Kenny pandai memilih rakan sekerja yang tahu buat kerja, serta faham bagaimana menggunakan pemain dan corak permain hantar dan gerak. Tapi kalau Clarke boleh membuatkan bek kita mantap dan tidak buat kesilapan, memang kita sudajh kena loteri.
Kehadiran pemain baru kalau mungkin Suarez atau sesiapa sahaja adalah pemangkin kepada kebangkitan kita. Saya masih belum yakin pemain sedia ada boleh bermain baik berterusan. Skrtel ada hari baiknya namun hari buruk beliau amat menyiksakan. Torres tidak akan sentiasa sihat, tapi kalau cedera takkan kita mahu lihat Ngog sebagai penyerang utama. Malah penganti Konchesky perlu dicari segera kerana Johnson bukan afdal main bek kiri. yang lain-lain mungkin kita boleh bersabar sehingga musim depan, seperti mana janji NESV untuk mengembalikan kegemilangan Liverpoolfc secara realistik.
No comments:
Post a Comment