Memang sejak awal drama pemilihan calon untuk jawatan terhangat masakini Pengurus Liverpool, saya malas nak ulas. Sebab macam-macam karenah FSG dengan kriteria yang ketat dan calon ditemuduga macam temuduga SPA, ramai mintak padahal jawatan kosong ada satu. Lagi satu pihak FSG memang akan guna falsafah besbol USA, mahukan anak muda belia (bawah 40an masih boleh masuk Belia 4B) menerajui Liverpool bukan otai-otai yang dah nak pencen.
Jadi sebab itulah calon macam Villa Boas, Brendan Rogers, Roberto Martinez, Jurgen Klopp, dan ramai lagi yang bawah 40an yang dikaitkan dengan Liverpool. Sebab apa Liverpool mahu pengurus yang mempunyai idea baru dan faham kehendak bolasepak masakini disamping pihak FSG sendiri mahukan projek jangkamasa panjang berwawasan 2020.
Cuma kali ini saya harap mereka mesti beri pengurus peluang untuk membawa idea sendiri dan beli pemain menurut idea bolasepak mereka. Kalau nak jual semua pemain sedia ada pun saya tak kisah, janji Liverpool boleh kembali menguasai England dan Eropah. Tapi satu kemungkinan yang saya rasa akan kacau daun kuasa pengurus baru ialah Pengarah Bolasepak yang pernah dijawat Damien Comolli. Tak payah ada jawatan ini tak apa, tapi lantik CEO yang faham bolasepak.