Macam tak percaya majoriti dari keseluruhan termasuk simpanan skuad England yang diturunkan semalam adalah kebanyakan pemain Liverpool. Skuad utama ada Carroll, Downing dan Gerrard. Simpanan ada Kelly dan Henderson dan Glen Johnson. Silap-silap kalau Carragher taknak bersara mesti takkan ada can untuk Terry. Namun bukan bermaksud pemain kita yang ada dan bermain pada pagi tadi akan ke Euro12. Tapi kemungkinan besar selain Gerrard, Carroll, Downing dan Johnson, Henderson mungkin akan menjadi bidan terjun untuk menggantikan Barry yang cedera dan bakal tonton perlawanan Euro12 depan TV.
Saya tengok Carroll lah yang paling bersemangat dan menunjukkan prestasi macam minggu terakhir dengan Liverpool. Dia dah makin selesa untuk menjadi calon utama menggantikan Shrek untuk pemain penyerang utama walaupun saya rasa Welbeck juga akan menjadi pesaing sengit. Kapten Gerrard tak banyak menonjol kerana Parker nampak lebih cun dan agresif dan jujur saya rasa memang England akan balik awal jika Parker tak main. Downing England tetap sama dengan Downing Liverpool, sekali sekala saja nampak sempoi majoriti macam biasa saja. Kedudukan beliau pasti akan diintai anak ikan dari Arsenal Walcott dan Ox.
Tapi inklusi yang mengejutkan kita ialah penampilan sulung Kelly untuk skuad utama England. Macam kes Henderson, Kelly sedang mod berjaga-jaga kerana jika Johnson tak berupaya cergas sepenuhnya, harapan Kelly ke Euro12 masih ada walaupun calon lain macam Micah Richard nampak macam lebih realistik. Maka kalau ramai pemain Liverpool bersama skuad England, segar sikit mata nak layan perlawanan pertama mereka lawan Perancis nanti. Namun terima kasih daun keladi buat Hodgson yang sanggup memberikan peluang kepada pemain Liverpool walaupun ikut prestasi di EPL amat menghampakan.
tu yang orang tak tau dan tak sedar,memang prestasi liverpool dalam liga merudum tapi dalam ke-merudum-an tu liverpool memberi peluang kepada anak-anak england untuk beraksi lebih kerap berbanding kelab lain yang mendakwa kelab england tetapi majoritinya menurunkan pemain luar lebih banyak dari pemain england sendiri
ReplyDeletebetol, Isu kuota pemain tempatan selesai...
ReplyDeletemusim depan kena tepek 1-2 foreigners yg mantap
carragher nak ganti tempat terry ? kahkahkahkah. carragher nak lari pon dh x larat, ade hati nak ganti tempat terry. speaking bahasa sendiri pon x betul carragher tue
ReplyDelete