Jika kemenangan 2 Piala musim ini adalah kejayaan musim ini bagi sesetengah orang, namun bagi saya ianya sekadar macam bersihkan rumah sampah sapu bawah karpet. Kemerosotan pasukan kita masih jelas belum diperbaiki malah nampaknya makin teruk. Jika kita hendak bersaing sebagai pasukan yang ingin kembali bergelar pasukan elit EPL, persembahan kita mesti konsisten tak kira samada untuk Liga atau Piala.
Tak macam lawan Cardiff dalam Piala Liga, pasukan kita sekali lagi ke Wembley namun kali ini sebagai bukan pasukan pilihan. Implikasi sebagai pasukan feberet media kadang-kadang boleh jadi tekanan. Biarlah begitu, ada baiknya kita merendah diri dan tunjukkan kejagoan sebenar dalam padang. Prestasi kedua-dua pasukan dalam liga sebelum final nampaknya goyah dimana Chelsea juga tewas 2-0 dalam perlawanan terdahulu.
Pemain harapan kita siapa lagi kalau bukan Suarez. Hanya dia yang saya rasa boleh buat sesuatu walaupun pasukan kita bermain dalam kebuntuan. Pemain lain juga ada peranan masing-masing tetapi sekadar watak sampingan kerana Chelsea pasti akan merantai Suarez macamana mereka buat keatas Messi tempohari. Perlawanan ini dijangka sengit tapi saya tak berani nak cakap yang pasukan kita boleh menang atau kalah kerana prestasi yoyo membuatkan payah menjangka apa kesudahnnya.
Sebagai peminat setia saya harapkan pemain akan berikan 110 % tumpuan dan kesungguhan. Kalah menang adat permaian sebab bola itu bulat, macam-macam boleh berlaku. Namun jika pasukan kita boleh menggondol Piala FA maka ianya adalah pengubat luka untuk kekecewaan musim ini. Dan pastinya Kenny masih ada peluang untuk kekal bersama kita sebagai pengurus Liverpool musim 2012/13.
saya harap pemain berikan 200% haha ynwa/
ReplyDeleteseeloknya guna 5-3-1-1 la,baru elok dengan enrique & glen johnson boleh naik atas jadi sweeper.
ReplyDeletesubtitute yang kena turun = maxi,kuyt dan martin kelly
aku harap maxi dgn kelly main 1st eleven sbb rekod diorg baik ms lwn chelsea dlm liga.. YNWA!!!
ReplyDeleteBoleh menang 2-1 tapi dgn syarat jgn bagi carragher main. Selamat berjaya liverpool. Musim depan, beli pemain2 yang boleh sumbat gol aje walaupun harga murah. Baru boleh menang champion league. Musim nie, harap main lawa aje tapi hampeh takde gol, lepas tu bolos...
ReplyDeleteAku lebih suka tengok Liverpool men dalam group UCL daripada FA Cup final ! Tapi harap Liverpool menang yang nie dan bangkit untuk musim depan
ReplyDelete