Main sungguh-sunguh kali ini pemain kita. Sampaikan tak bernafas bek Chelsea kena taram. 4 biji memadai untuk pembalasan termanis dipagi buta sebegini. Namun nasib malang buat Chelsea adalah faktor utama kerana gol Essian, Henderson dan Shevely akibat kesilapan bek mereka sendiri. Cuma gol Agger atas inisiatif sendiri.
Memadailah saya katakan kita lawan pasukan simpanan Chelsea, bukannya kekuatan sebenar mereka. Kekuatan mereka disimpan untuk Final Liga Juara menentang Bayern. Jaga kaki tak mahu pemain utama cedera dan akibatnya pasukan kita mengamuk tanpa belas kasihan. Kasihan tengok Torres, dia nampak tensen kena Boo oleh peminat, tapi apa boleh buat berani sangat sumpah setia mahu pencen di Anfield
Hanya tinggal lagi satu perlawanan untuk pemain menghabiskan sisa perjuangan yang ada. Kalau boleh menang baki perlawanan itu dan lepas tu kita boleh lupakan cerita malang, sadis dan kecewa yang berlaku sepanjang musim 2011/12 dimana musim kedua Kenny sebagai pengurus Liverpool.
Kalau game last menang !! Aku akan sokong King Kenny untuk musim hadapan !!! Berapa kali dah kita kena tiang ? Downing tadi 2 kali lol !!
ReplyDeleteReina:Owsom
ReplyDeleteJohnson:skilfull, Skrtel:penyerang sambilan, Carra:kebal tibe2, Agger:rule the play!
Downing:just amazing, Henderson:power tibe2, Jonjo:2nd Gerrard, Maxi:sgt membantu counterattack
Suarez:just cant get enough, carroll:legend is coming...