Banyak media harian sukan di Britain telah menala muncung senapang kearah Balotelli. Saya tak pasti adakah benar Brendan Rodgers telah beri kata dua kepada Mario Balotelli, ataupun ianya serkap jarang olahan sendiri para wartawan sukan yang syok sendiri. Saya tak nampak mana-mana petikan yang ditulis ianya datang dari mulut Brendan sendiri. Yang saya tahu Brendan hanya ulas tentang insiden pertukaran jersi diseparuh masa pertama.
Prestasi Balotelli mungkin boleh dipertikai. Masih belum mencapai apa yang dihajati. Salah siapa pada waktu beliau dibawa masuk ke Liverpool. Adakah ini kerja badan komuniti pengambilan pekerja ataupun memang Balotelli adalah pilihan Brendan sendiri. Kalau yang pertama, saya akur Brendan patut marah dan protes sebab bukan pilihan dia, tetapi jika Brendan yang buat kata putus, berani buat berani tanggung.
Jangan lupa sejarah selalu berulang. Ingat lagi musim awal Kenny Dalglish. Permulaan 6 bulan selepas beliau mengambil alih daripada Roy Hodgson, Liverpool bermain dengan roh permainan yang baru tak silap saya ala-ala tiki-taka dengan begitu fleksibel dengan formasi sampaikan boleh main 5 pertahanan tapi masih boleh menang. Pembelian Suarez adalah pembelian genius Kenny untuk menambah baik sistem, namun akibat pembelotan Torres, Liverpool tersilap langkah beli Caroll yang menjadi sejarah pemain paling hampeh sepanjang zaman.
Kenapa Kenny beli pemain sasaran padahal plan B sangat jarang digunakan oleh Liverpool ketika itu. Jawapannya mudah kerana dia tersalah anggap yang Caroll fleksibel macam Torres. Torres bahaya dilantai tetapi bola atas pun dia memang handal. Caroll memang seorang pemain sasaran yang handal diudara, namun dari segi mobiliti dan kepantasan, kereta lembu lebih laju pecutan dari beliau. Habis musim Kenny buat silap lagi dengan menambah Adam dan Downing untuk menyenangkan Caroll, padahal permainan hantaran bawah dan jadikan Liverpool pasukan setaraf Stoke dan Sunderland yang asyik main bola atas cari Carroll.
Saya juga tak hairan yang sejarah lama telah diulangi Brendan. Kes Carroll ganti Torres, tertimpa pula kepada beliau untuk kes Suarez-Balotelli. Brendan manusia biasa, dia mungkin tak tersangka Balotelli jadi sebegitu lemau, padahal setahun dua ini, Balotelli memang tak sebegini. Nak kata tak pernah main di Liga Inggeris, 2 musim juga ketika di Man City. Jadi perkiraan semasa beli Balotelli macam main tangkap muat saja tak buat kajian terperinci kesesuaian dengan Liverpool yang harap beliau ganti Suarez.
Dari penilaian saya Balotelli tak sesuai dengan taktik penyerang tunggal. Kalau nak dia berjaya Liverpool kena main dengan dua penyerang dengan corak formasi 4-2-2-2, alah macam taktik Man City. Itupun kalau nak kekalkan terus Balotelli melangakui Januari ini. Kalau dah tiada pilihan dan ada pasukan lain mahu Balotelli, jual terus pun tak apa. Saya lebih senang Liverpool dengan 4-3-3 sebab corak permainan menghiburkan dan serangan sukar dijangka.
Adakah Balotelli akan selamat dalam jangka masa 2 bulan ini nasibnya belum tahu. Sebagai peminat Liverpool kita mesti sapot pemain kita dalam apa jua keadaaan. Dalam tempoh dua bulan ini kita jangan biarkan Balotelli keseorangan. Kalau tak suka pun berdiam diri lebih baik dari dok meroyan itu-ini. Keputusan ditangan Brendan, dia tahu apa nak buat. Kita hanya mampu berharap Balotelli sekurang-kurangnya boleh jadi macam Heskey pun dah kira Ok, ada juga sumbangan. Itupun kalau ada jodoh kekal lama sikit di Anfield.
Babg tlg lah recementkan safie sali kepada BR gaji pun xmahal ikut jam je..
ReplyDeleteYNWA
boleh di konsider :)
ReplyDeletejual la balotelli tiada guna di liverpool liverpool makin taruk skrg nie
ReplyDelete