Pertukaran taktikal 15 minit terakhir Brendan Rodgers dalam perlawanan West Brom telah merubah pandangan masyarakat Kopster tentang posisi terbaik Steven Gerrard untuk masa akan datang. Kita umum dah terbiasa dengan Kapten Gerrard dalam posisi tengah menyerang atau penyerang bayangan, namun itu hanya ketika kegemilangan Dinasti Benitez. Tambahan pula beliau bermain, Fernando Torres memang gempak habis.
Saya nampak Balotelli ada gaya-gaya permainan Torres. Dan sebab itulah jika sekali lagi Sturridge masuk bilik rawatan, boleh dicadangakn Kapten kita itu main diposisi tengah menyerang. Bermain diposisi itu memang kena dengan corak kurang bergerak dan banyak guna IQ untuk membuat peluang terbaik kepada penyerang. Balotelli sebenarnya perlukan pembantu yang cerdik yang dapat membaca gerakan dan juga mengambil peluang jika Balotelli kena kepung.
Kontranya jika kiranya jika posisi itu diberikan kepada Gerarrd, maka Sterling kena main diposisi sayap dan Coutinho dah tak boleh cari makan untuk masa terdekat. Malah sikit hari Sturridge jika dah boleh main, nak masuk dalam taktik itu pun kena main dibahagian sayap. Saya hanya nampak itu solusi jangka pendek sementara Gerarrd masih belum mahu bersara. Jika masih dikekalkan di posisi bertahan ,ia menjadi liabiliti di bahagian tengah jika bertahan.
bang..balotelli dan gerrard mmg harus bersatu..inilah pluang trakhir diorg utk mnunjukkan diorg masih berbisa..kalu main diposisi menyerang boleh kurangkn kt bolos sy stuju jer..sebab smenjak gerrard main posisi defend main lebat kt bocor..
ReplyDelete