Ramai yang tak puashati dengan prestasi pasukan kebelakangan ni. Bukan kita nak ungkit ketiadaan Suarez, tapi benda basi itulah yang menghantui bahagian serangan hingga hari ini. Pembelian Mario Balotelli mungkin nampak tak berapa mahal, cuma reputasi beliau yang begitu gah sebelum ini masih tak menepati KPI sebagai pengganti Suarez. Dibelakang beliau beratur Lambert dan Borini yang tinggal setelah bintang utama, Sturridge masih cedera. Kalau Balotelli tak boleh belah, lagi dua orang pun lebih kurang sahaja.
Jangan dilupa kat bawah juga ada masalah tersendiri. Skrtel masih belum temui rakan pertahanan yang mantap. Lovren kat Liverpool jauh sekali apa yang kita nampak macam kat Southampton. Dia sangat gopoh dan adakalanya kurang cerdik bila dalam keadaan satu sama satu dengan penyerang yang pantas. Sakho pula nak lebih kurang, cuma masalah kecederaan pula macam nak ganti Agger sebagai pemain kaki cedera. Nasib baiklah dua pemain di pertahanan kanan dan kiri, Manquillo dan Moreno tak menghampakan. Boleh simpanlah Johnson dan Enrique sebagai bekap.
Menjelang lawan Real Madrid hanya bahagian tengah yang kita boleh harapkan untuk menentukan jatuh bangun pasukan. Nak kata setaraf musim 2008/09 semasa membalun Real Madrid 4-0 jangan mimpilah. Siapa yang boleh ganti Alonso dan Mascherano dan Gerrard pula dah tak sepawer dulu. Sedikit harapan ialah dengan adanya Henderson yang rajin, Coutinho yang cerdik dan Sterling yang lincah. Mereka inilah yang bakal tentukan adakah Real Madrid boleh pulang dengan ketawa atau kekal dengan sejarah trauma.
Kita boleh sedikit cemas dengan jentera Real yang gah disana-sini. Imej Galacticos adalah gelaran untuk menakut-nakutkan pasukan lawan. Sehebat jentera serangan Ronaldo, Benzema dan Bale, mereka ada lubuk yang perlu kita terokai dan kalau boleh pakai bom ikan untuk tuba sehabis-habisnya. Ianya tak lain tak bukan penjaga gol lagenda mereka, Iker Casillas. Refleksi, membuat keputusan dan adakalanya kelam-kabut mengakibatkan bukan sahaja Real, tetapi Sepanyol menerima tempias. Saya harap pemain kita cuba gunakan kesempatan yang ada untuk cari gol.
Lagi satu corak permainan yang kita perlu main dengan mencontohi corak Madrid yang satu lagi, yakni Altetico Madrid. Atletico dah banyak kali berjaya bukan sahaja tak tewas kepada Real, dan pernah tewaskan pasukan kejiranan mereka itu. Corak yang saya rasa amat praktikal ialah menyerang dengan corak serang-balas dan tidak terlalu nak main terbuka nak serang dengan.mengada-ngada. Corak itulah saya tengok bukan setakat Real makan kuah dengan Atletico, malah Barcalena pun dapat kemaluan besar musim lalu.
Apa pun jua keputusan semuanya bergantung kepada kepala otak Brendan Rodgers. Untuk mencari ramuan yang sesuai dengan kekuatan Real mungkin amat sukar dengan pasukan ketika ini. Kita hanya mampu berharap pemain bersemangat tinggi untuk hadapi Real bukan terlalu hormatkan Galacticos yang bukannya datang dari Planet Zuhrah, tetapi manusia biasa yang main dengan dua kaki juga. Kalau dari awal semua pihak bakal ramal pasukan diratah Real, bagi saya pemain ke-12 di Anfield boleh main peranan untuk bangkitkan semangat pemain. Tunggulah mungkin kejutan bakal terjadi.
50% lauk-40% miracle-10% luck
ReplyDelete-shah_2134-
He,he,he.....
Liverpool 3-0 real
ReplyDeletebolos itu pasti! dah tiba masa aku rasa countinho dan sterling belajar bagaimana berganding seperti silva dan nasri.
ReplyDeletepemain no 10 dan 31 ini perlu sediakan byak ruang dan masa untuk pemain lain bergerak dan memecahkan formasi real yang sangat padu.
Ingat, kita sedang berdepan kelab terkuat Eropah dan juara bertahan Kejohanan ketika ini. YNWA
Aku rase elok bg lallana main top striker, ape mcm slamber... Dr mario yg main, sepak pun cincai, pastu wat muke xbersalah.. Menyirap aku... Ape2 pun YNWA
ReplyDeletebg sy... player y ptt main mlm ni adalah player y ble simpan bola lma2... utk kwl tempo... biar tempo bpihak pd kita bkn real... kalo real pgg tempo.. alamatnya kta kna kendurila ngan diorg... playr y sy mksdkn... utk attack... Lallana,sterling,coutinho dan Abg Long Stevie... kta taw kalo stevie main defence pn kblkgn ni bolos ttp x dpt dielakkn... bgs bg dia main attacking... ble mbntu dlm jaringan gol kta y lemau sjk kelelongan Suarez ke Barca... utk defence... Skrtel,Adik man,moreno,(Lovren/Kolo)... tp lg baek bg can kat kolo... rasanya dia da insaf sbb sllu wat blunder... tgk lovren pn main cam yoyo... mgkn sbb tlalu slesa kot... asyik jd start eleven je... kiper Mignolet/Jones... x kesah perform mignolet pn cam yoyo gak x konsisten... bru skli clean sheet... striker plak sy hrp bg Borini/Lambert... Balotelli lg mjd bila jd super subs.. mcm wk2 kta lwn Wesbrom... dia msk je permainan meningkat... apapn sy x mhrp byk utk game lwn Juara Eropah ni... kalo d takdirkn kta klh pn... biarla klh bmaruah... tp ramalan sy...
ReplyDeleteLiverpool 3-2 Riak Madrid... hehe
Mr.Reds Anfield...
Sgt myedihkn dmalukn 3-0 tnpa balas..
ReplyDeleteapa boli buat bola itu bolat
ReplyDelete