Bila menang walaupun main buruk tak ada pernah orang nak tanya pasal apa main buruk. Tapi bila dah main buruk dan kalah teruk pula kot atas, maka ramai bising macamlah benda ini baru berlaku. Sejak awal musim amaran bahaya telah nampak. Jual-beli yang tak seimbang. Taktik tak menjadi, pemain baru tak klik lagi dan kecederaan pemain utama. Sekadar tengah musim barulah nampak perubahan ketara, sebab pertukaran formasi 3-4-3 dan pemain yang betul diletakkan dalam posisi terbaik. Pada ketika itu pasukan kita sedang berada dalam dalam situasi terbaik untuk turut serta dalam perlumbaan ke kumpulan Liga Juara-Juara.
Segalanya manis sehinggalah perlawanan dengan Manyu. Brendan lupa yang pengurus otai macam Van Gaal, makan garam lagi lama. Selok belok taktikal dan perlawanan besar pernah dilalui dan beliau pernah melatih gergasi bolasepak macam Barcelona dan Bayern Munich. 3-4-3 taktik Brendan adalah makanan asasi LVG dan kita tengok Belanda masa Piala Dunia 2014 main dengan taktik sebegitu dan memang berkesan. Jadi LVG adalah pasukan pertama yang dapat buka kunci kekentalan pasukan kita bagi separuh penggal kedua ini. Bila dah sorang tahu, maka akan lebih ramai akan tiru dan ambil iktibar cara untuk hadapi 3-4-3 Liverpool.
Dengan Arsenal, Brendan tanpa tonggak utama pertahanan yakni Abam Skrtel yang kena gantung 3 perlawanan sebab pijak kaki De Gea. Toure dapat tempat otomatik untuk ganti Skrtel dan bergandingan dengan Emre serta Sakho. Sayap sisi kanan diisi Hendo dan kiri masih Moreno walaupun main hampeh masa lawan Menyu. Lucas yangbaru pulih terus masuka bergandingan ditengah dengan Allen. Coutinho dan Markovic berganding bahu membantu Sterling yang menjadi penyerang solo. Kalau tengok kesebelasan utama memang ok, tapi tunggu sehingga perlawanan bermula baru tahu yang Arsene Wenger memang pengurus yang otak geliga dan belajar dari Van Gal sebelum ini.
Seawal minit-minit pertama pertahanan Liverpool dah buat lawak, terutamanya Toure yang konon nak pegang bola dan main hantaran pendek. Nyarislah Mignolet mampu halang sepakan Arsenal dan Toure membalas kesilapan dengan mengeluarkan bola dari gerakan bahaya. Selepas itu banyak lagi insiden dan kecuaian pertahanan yang nampak macam nak bagi peluang kepada Arsenal hukum kita. Namun peluang untuk Liverpool didepan dipersia-siakan Markovic yang patutnya terus buat percubaan, tetapi buat keputusan yang mengecewakan dengan buat lorongan kepada Sterling yang tersasar.
Mungkin terselamat dari malapetaka, semangat pemain Arsenal jadi lain. Mereka buktikan kepada pemain Liverpool bagaiman cara nak bubuh bola dalam jaring. Ozil pandai cari peluang dari kiri dia buak permaian ke kanan untuk Ramsey yang melepaskan bola kepada Bellerin yang nampak macam Messi melarikan bola dari Moreno dan Allen pula lambat bertindak untuk bek kanan Arsenal itu melepaskan sepakan padu kedalam gawang gol Liverpool. Bukan itu saja, tak berapa minit giliran Ozil menambah asam atas luka dengan menjaringkan gol melalui sepakan percuma. Sudah luka dirobek Ozil, kali ini Sanchez pula menoyak-koyak luka dengan menambah gol ketiga Arsenal dengan sepakan lencong padu.
Bila kena 3 biji separuh pertama, ada bunyi-bunyi semangat Istanbul aku datang kembali. Saya tak rasa perkara itu boleh berlaku kerana Arsenal tak macam AC Milan yang teralu gembira awal separuh masa pertama. Wenger mungkin waspada dengan cerita dongeng Istanbul 2005, dan menggunakan taktik Chelsea bagi mengekang Liverpool pada babak kedua. Kemasukan Sturridge tak bawa banyak perubahan kerana Arsenal dah tak main terbuka. Patutnya Sturridge kena main awal dan digandinga dengan Sterling dipuncak serangan. Namun Sterling yang mahu gaji mahal sekadar dapat berikan penalti setelah dikasari Bellarin. Patutnya kad kuning kedua, tetapi stendetla pengadil England, memang haprak. Penalti disudahkan Henderson,
Perlawanan tak berakhir dengan aman tanpa insiden dan kebanggangan. Emre tak sepatutnya main kasar dan perlu menjaga disiplin setelah dapat kad kuning pertama. Kad merah beliau telah berikan kejatuhan moral bukan sahaja dalam perlawanan ini, tetapi Arsenal sekali lagi menghukum Liverpool dengan gol dari Girourd. Toure nampak macam tak berapa normal dan diharap jalani ujian air kencing sebab rasanya macam orang yang mabuk ketum. Kebanyakan kebolosan gol dan insiden kepanikan pertahanan asyik-asyik kerja beliau. Bila teringat siapa nak ganti beliau, nampak Lovren dibangku simpanan tepuk dahi.
Liverpool tak berapa bagus dalam perlawanan ini dan juga musim ini keseluruhannya bila bertemu dengan pasukan kuat. Itu rumusan yang penting sebab pemain yang kita ada tak berapa seimbang dari segi faktor usia dan pengalaman. Paling ketara bila berhadapan dengan situasi serangan. Itulah yang ramai kecewa dengan Brendan, dia nak sangat nak puaskan hati pengurusan, dengan yakin Sturridge dah cukup sebagai ganti Suarez. Sterling pula mungkin belum bersedia untuk jadi pemain utama sebab itulah semua marah bila dia ugut nak gaji lebih, padahal Wenger pun takut nak buang duit macam beli Ozil dulu.
Dibahagian tengah bila Allen main dengan pasukan yang lemah dialah hero dan diangkat setaraf Xavi Welsh. Tapi anak emas Brendan ni tak lebih dari Jay Spearing. Lucas masih dalam proses buang karat sebab lama rehat dan musim depan mungkin tak tahu untung nasib lagi. Gandingan Lucas-Allen paling tak boleh belah sebab sorang lambat dan sorang pendek, memang tak komplimen satu sama lain. Mungkin Brendan boleh uji pemain remaja yang melambak dari akademi sebab mereka sekurang-kurangnya akan pulun gila-gila.
Pertahanan mesti kena main berpasukan dan mesti berkomunikasi dengan Mignolet. Saya kesal sebab banyak kali Mignolet halang percubaan bahaya lawan dek kerana kesilapan rakan pertahanan, tapi bila bolos banyak orang akan bantai beliau cukup-cukup. Ketiadaan Skrtel dan Emre buat saya tak boleh bayangkan bagaimana kombinasi Toure, Lovren dan Sakho nanti untuk lawan Blackburn. Harap mereka jangan jadi 3 Stooges pula. Sebab perlawnan Piala FA dengan Blackburn adalah peluang terakhir untuk buat peminat gembira kerana hampir pasti dah boleh ucap sayonara kepada slot Liga Juara-Juara.
# nota kaki: Maaf sebab tak sempat nak tulis pra-perlawanan. Saya dan Awang masing-masing ada aral yang tak dapat dielakkan.