Setelah sekian lama taktikal 3-4-3 dah jadi kebanggan, Kini ianya dah jadi kebiasaan pasukan lawan untuk pekena balik Liverpol. Formasi itu hanya bertahan 4 bulan, dan selepas ini kalau dok berasa masih bangga dengan benda yang sama, tunggulah akibatnya lagi. Sebagai pengurus yang berdaya saing, otak kena jalan. Nak main cantik boleh tapi berpada-pada, kena tengok situasi lawan. Bila idea lama dah jadi lapuk, kena pandai merombak ikut situasi. Saya nampak Brendan ada bakat cuma dia agak lambat nak buat keputusan untuk perubahan. Formasi yang paling ampuh bagi Liverpool dulu, kini dan selamanya ialah formasi permata sebab musim lepas dah terbukti ianya antara faktor pasukan kita main macam berpuaka bagi lawan.
Dua bek tengah dah memadai, yang penting bek sisi toksah terlampau syok naik menyerang. Seimbangkan ikut keadaan dan cuba jangan biarkan lawan cuba masuk menerpa kearah kotak penalti. Jika terlepas juga sekurang-kurangnya bek tengah atau pemain tengah bertahan bola bantu serba sedikit. Dua pemain tengah lagi berfungsi sebagai pendesak dan menyerbu pemain tengah lawan hingga mereka tak bernafas dan buat silap. Mereka juag boleh bantu bek sisi untuk topup dan tutup ruang untuk bek sisi lawan untuk menerang dari bawah. Pemain tengah menyerang perlu kreatif dan membantu penyerang berkembar yang berlegar-legar dimerata-rata untuk lolos dari kawalan.
Bila main macam ini, kepadatan ditengah buatkan lawan akan cuba serang dari tepi. Itu perkara mudah kerana sepanjang musim ini Liverpool paling kurang kena gol dari hantaran lintang. Cuma masa lawan Menyu itupun sebab pemain kita leka dan tak dapat hidu ancaman lawan yang memang bahaya dengan bola cenggitu. Saya tak pasti kenapa Brendan tak guna taktikal ini kembali. Kalau sebelum ini Sturridge cedera ada alasan kita terpaksa main Sterling diatas, tapi setelah Sturridge kembali, formasi ini kena terapkan kembali. Saya harap lawan Blackburn kesebelasan diatas dapat diturunkan.
aku setuju dengan daimond, memandangkan ketiadaan skertel dan can sepatutnya Liverpool serang habisan, kena score sebanyak mungkin pasal Liverpool punya potensi untuk bolos cukup tinggi.... midfield kena potong bola blackburn lebih awal ditengah lagi kalau dah lepas defand punya kawasan kita akan lihat aksi sarkas tinggal lagi soalnya goal atau tidak he he...
ReplyDeleteTapi secara peribadi, kalau aku tak letak moreno kat situ lagi... buat pertama kali aku terpaksa ckp Johnson patut ambil alih tempat tu buat sementara waktu, seram aku tengok moreno main sejak kebelakangan ni...
Sebenarnya aku tak tahu status Borini, Balo dan Lambert injured ke apa ker?.. Tapi kalau tak injured sungguh aku tak turunkan Sterling, atleast sampai second half, bagi mengembalikan satu mood baru dalam team sekurang kurangnya... Borini kita memang tau tumpul tapi aku nak dia punya work rate kat atas dan yang penting dia tak tamak.. dan lambert walaupon lambat mungkin dah sesuai dengan tempoh Liverpool yang tak lah terlalu laju bila trio Lucas dan Allen turun serentak..
walaupon aku bukan ada apa apa sijil tauliah pengurus bola sepak.. tapi pasal tengok bola hari hari dengan team yang berbeza serta pengurus yang berbeza aku tau selain dari player diturunkan atas merit...player juga patut diturunkan mengikut team yang ditentang.. macam allen vs felani, gilababi betul...
dan satu lagi formasi yang ampuh tak semestinya sentiasa berkesan.. Contoh bercelona yang hebat tapi tak mampu menang lawan malaga...
Aku tak rasa BR terlalu teruk sebagai pengurus... kalau dia pegang team Man City aku dapat rasa dia dah dapat title juara EPL sekarang ni... tinggal lagi dia perlu lebih adil dengan player dan perlu lebih variati, dan paling penting ada dua tiga plan dalam kepala sebelum game