Bab kali ini nak sentuh lebih dekat bagaimana persediaan Liverpool lawan Villa esok di Wembley. Macam yang sedia maklum, Liverpool mendapat khabar gembira dengan kembalinya Skrtel dari penggantungan. Skrtel adalah instrumen penting dalam komposisi pertahanan yang melibatkan 3 pertahanan tengah. Dia sangat pentas menghidu peluang dan juga jarang melakukan kesilapan yang boleh menghulum pasukan. Kita memang kecewa bila Sakho cedera, namun pengganti Lovren masih belum dapat beri ketenteraman untuk pertahanan sebab banyak kesilapan Lovren dalam perlawanan sebelum ini. Nasib baiklah ada Emre, Brendan mungkin tak pening sangat untuk mempelbagaikan taktik dan formasi permaianan nanti.
Jika saya dipihak Brendan sebelum nak letak taktik yang terbaik dengan pemain yang sesuai, lebih baik sekodeng dulu apa ada dalam selimut musuh. Buku taktik peperangan Sun Tzu, sepatutnya dikaji oleh Brendan kerana salah satu falsafahnya ialah kenali musuh anda dahulu sebelum buat persediaan untuk bentuk kekuatan sendiri. Saya tak sangkal persediaan Brendan, namun keputusan terdahulu dengan Menyu dan Arsenal, nampak benar Brendan tak buat kerja rumah atau terlepas pandang kekuatan lawan dan buat persediaan yang tak membantu pasukan. Menyu dan Arsenal mungkin pasukan yang bagus tapi taktik sendiri banyak membantu lawan untuk hukum kesilapan sendiri.
Jika kita kata Villa lemah dan tak mampu nak buat kejutan sebab prestasi dan kedudukan liga sekarang, kita mungkin terlalu sombong dan tidak berhati-hati. Sebab apa, saya pasti Villa mahukan sekurang-kurangnya berusaha ke perlawanan Akhir untuk menamatkan musim ini sebagai motivasi. Jadi apa yang Villa ada ialah menggunakan kekuatan individu seperti Benteke dan permainan secara pantas dan lebih agresif dalam mematikan permainan Liverpool. Villa mungkin akan main bola lambungan ke Benteke. Jadi titik tolaknya corak Villa akan menjurus kepada bola yang diterima Benteke dan diserap seketika dan mencari pemain sayap seperti Weimann atau Sinclair yang belegar-legar diantara kedua-duak sayap. Pemain tengah mereka akan cuba datang lewat untuk mendapatkan bola dan cuba melakukan percubaan luar kotak.
Bagi menghadapi amukan Benteke dan kelebihan fizikal beliau, jangan sesekali nak seksa diri untuk bagi Skrtel jadi pemain yang nak jaga rapat satu sama satu dengan Benteke. Sebab apa kekhuatiran untuk Skrtel dapat kad merah atau bagi penalti adalah potensi besar kerana Benteke memang suka jika lawan nak bergusti dalam kotak penalti. Dengan main jaga kawasan secara disiplin dah cukup buat Benteke mati kutu. Dia bukan laju sangat nak potong orang setelah dapat bola, cuma kena pastikan kingkong ini jangan diberi peluang buat percubaan sudah. Satu lagi bola sepakan bebas atau penjuru, kena pastikan dimana Benteke nak serang bola tersebut, pemain kita kena celen bukan nak jaga rapat sebab fizikal beliau senang sangat nak lepaskan diri dari kepungan.
Villa main gopoh dan suka serbu dapatkan bola jika cuba nak pegang lama. Permainan gopoh mungkin kena ketika lawan tak bersedia, namun bagi saya disinilah kelebihan yang kita mahu dari Xavi Allen untuk menjadi pengemudi untuk corak hantaran pendek untuk memenatkan Villa yang pasti terkejar-kejar untuk rampas bola. Kemungkinan untuk turunkan Gerrard dalam perlawanan ini tinggi juga namun ianya tak berapa sesuai sehingga separuh kedua hanya untuk perubahan taktikal. Gerrard memang berpengalaman namun jika main awal dan kehabisan gas agak merugikan kerana penentuan perlawanan yang besar sebegini biasanya dipenghujung perlawanan.
Gol yang bagaimana tak penting, tapi bagi saya pasukan yang kita hadapi bukan akan main terbuka macam Newcastle, Liverpool perlu gandakan usaha terutamanya buat percubaan jauh bila ada peluang. Brad Guzan goli yang baik, sebab banyak kali peluang jarak dekat goli ini macam Superman punya bagus. Setakat ini saya rasa Coutinho dan Henderson mampu buat gol dari jarak jauh, namun jangan tak tahu Allen mungkin dah seronok jaring gol dan mungkin akan mengXavikan diri sekali lagi dengan jaringan yang lebih mantap. Kalau Markovic main saya harap pemain Serbia itu belajar dan buangkan sifat malu nak jaringkan gol. Sebab apa pelik sangat dengan beliau di Benfica dulu kemain hebat tembak bola dari jauh tapi kat sini sunyi sepi.
tolong lah dapat pi final...walaupon kalah lawan Arsenal nanti sekurang kurangnya
ReplyDeleteada lah nak benda nak disorakan he he mana lah tau sanchez injured nanti...
😝😝👍👍
ReplyDeleteLiverpool boleh lawn arsenal.... Diaorg tak LA kebal mana ... Masa lwn aritu pun kalu liverpool dpt goal awal keputusan dh jadi lain..
ReplyDeleteMelingkup lg kita..
ReplyDeleteAduyaii..
tu la pasal..BR mcm xstudy lg mainan Aston villa..Benteke tu biar besar tp otak geliga klu main..tkejar2 defend liverpool..so pnyelesaian adalah Jurgen kloop ataupun benitez..Dlu dalglish pun ada jgak julang 1 cup sblum BR masuk..tu pun kene pecat..so masanya utk tukar kpd manager world class mcm pasukan epl top 4 skrg ni. YNWA
ReplyDeletePilih bulu atau taktikal x brkesan? Knp emre can ttp diletak kn d posisi RB dlm frmasi 4-3-3? Walhal glenjo n manquilo boleh isi posisi trsebut supaya posisi allen disi oleh emre can.. yg d lihat cukup berkesan pd mnit ke 80 ketika allen dkluarkan... mmg xsesuai allen bermain utk game smlm ... sgt2 xpuas ati pemain sbegitu slalu jd automatik slection dlm frst eleven br
ReplyDelete