Ayam tambatan Villa, Benteke tengah megamuk sekarang ini dan persembahan beliau nampak kembali bertenaga setelah sekian lama lesu dan tak menjadi. Villa bakal gunakan Benteke sepenuhnya sebab dengar berita Agbonlahor takkan dapat pulih menjelang perlawanan. Beliau bakal bergandingan dengan Weimaan yang bagi saya tak langsung punyai kelebihan untuk ganti Agbonlahor. Jadi bek Liverpool tak pening sangat cuma kena waspada sebab Weimann bukan main pakai kerusi roda.
Kem Liverpool kembali mantap dengan kembalinya Skrtel. Saya tak pasti samada Brendan mahu kembalikan 3 pertahanan dengan menyelit Skrtel untuk bersama Emre dan Lovren atau singkirkan Lovren untuk gandingkan Skrtel dan Emre dan formasi 4 bek. Kalau ikutkan saya mahu Brendan kekalkan 4-3-3 macam lawan Newcastle. Sistem itu nampak lebih meyakinkan dan nampak seimbang samada ketika nak menyerang apatah lagi bertahan.
Liverpool perlukan kemenangan dan seterusnya mara keperlawanan Akhir bagi menanti samada pemenang Arsenal dan Reading. Saya harap akujanji pemain untuk memberikan Piala FA ini sebagai hadiah perpisahan kepada Kapten Gerrard menjadi realiti. Apa yang penting Brendan meletakkan kesebelasan terbaik dan formasi yang mantap bagi mengatasi Villa yang pastinya bermain tanpa tekanan untuk menang.
aku harap pengadil bermain dengan baik pada game ni,,, dah banyak kali aku tengok liverpool kalah game penting macam ni pasal pengadil bermain teruk...
ReplyDeleteConfirm mng lh..Liverpool mampu bangkit slps dua kekalhn..Buktiny vs Newcastle,in BR we trust..YNWA
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteFA Cup cermin liverpool musim ni..hadiah yang mesti di bawa pulang ke anfield untuk abang gerrard
ReplyDelete