Brendan kembali nampak sombong dalam wawancara. Adalah dia sedar dia diselamatkan oleh Sturidge pada malam tadi. Kehadiran Sturridge macam soket penyambung, semua perkakasan yang tak berfungsi telah kembali normal. Iyalah kita tengok Coutinho dan Ings, mereka perlukan pemain yang bukan sahaja boleh berada dalam pelbagai posisi serangan malah dapat menerima dan memberi hantaran dengan muudah. Bukan nak merendahkan Benteke, tetapi dengan Liverpool tak main macam Aston Villa gunakan kekuatan dan kelebihan Gestede, saya nampak Benteke bakal jadi macam Lovren, pemain yang buatkan Brendan serba salah nak letak atau simpan dari kesebelasan utama.
Saya tak gusarkan serangan sangat jika Strurridge kekal sihat sepanjang masa. Tetapi paling bermasalah sekarang ialah unit pertahanan, bukan pemain pertahanan secara individu. Unit pertahanan bermaksud keadaan taktikal pasukan ketika bola dikawalan pemain lawan. Pemain serangan macam sekadar membantu ala kadar. Tetapi bagi yang penting untuk memastikan serangan lawan dipatahkan seawal mungkin ialah pemain tengah. Lucas dan Milner pasangan yang kurang agresif dan pantas. Jika Henderson kembali saya rasa Lucas bakal diraya korbankan kalau masih gunakan 352.
Dua gol Gestede memang bolah dielakkan jika hanya dua keadaan. Pertama jika pemain kita dapat menghalang hantaran lintang awal macam gol pertama, Lucas patut terjun bila Hutton buat hantaran. Gol kedua Clyne juga lambat menghalang pemain sayap melepaskan hantaran lintang mencari kepala Gestede. Kedua ialah pemain bek sendiri tak berapa agresif dan lambat buat keputusan bila dalam kawasan bahaya. Gol pertama nampak sangat Emre tak menerpa nak menerjah Gestede. Gol kedua tak ada komunikasi antara Skrtel dan Sakho, dua-dua dok tengok bola, tapi bahaya yang menanti bukan bola tapi pemain renjong yang meluru dari belakang sapa lagi bukan Gestede.
Brendan masih selamat buat masa ini. Tapi dapatkan beliau selamat dalam fasa Tragedi Oktober kalau ikut jadual kat bawah.
Everton (Goodison)
Spurs (WHL)
Southampton (Anfield)
Chelsea (Stamford)
Palace (Anfield)
City (Ettihad)
Swansea (Anfield)
BR vs JK vs CA = J.KLOOP
ReplyDeleteBR vs JK vs CA = J.KLOOP
ReplyDelete