Lama dah blog ni berkrik krik krik. Nak ulas pasal arena antarabangsa berkaitan pemain Liverpool tak banyak yang menarik. Jadi abam ambil keputusan rehat sekejap untuk tumpu kepada komitmen lain. Namun begitu bagi pembaca yang bagi komen suruh abam kembali dari gua pertapaan, abam minta maaf sebab tak berupaya nak tulis sebab idea macam takda nak goreng.
Gostan sikit ke perlawanan dengan West Ham. Siapa yang berani tengok ulang tayang memang hati kering macam abam. Kering dan kontang walaupun tahu keputusan menyedihkan dan main macam palat. Masa yang klimak ditunggu-tunggu ialah nak tengok camna Lovren yang dipuja-puja 3 perlawanan terdahulu telah jadi badut sarkas sekelip mata. Kita bukan nak bahankan dia tapi nak tahu apsal yang membuatkan dia main macam lalok ubat haritu.
Kesimpulan mudah yang abam rasa korang boleh bangkang kalau mahu. Lovren adalah pemain bek sekolah lama, perlukan sistem bertahan yang rigid atau ortodok. Sistem yang mana berkesan semasa beliau di Soton, dua orang pemain tengah bertahan didepan yang sanggup terjun, blok, bentes dan buat kerja susah demi memastikan bek kat bawah sekadar jaga kawasan sendiri dan mampu fokus untuk keluarkan bola bila dikawasan bahaya.
Sebab itu bila West Ham main menunggu dan serang balas. Liverpool yang dah terbiasa main selamat, keluar dari taktikal terkini dan cuba serang West Ham. Tapi lupa yang kat bawah tak mampu nak main sebegitu, malah ketidak upayaan dari segi kepantasan adalah bukan perkara baharu. Itulah yang didebatkan kenapa tak letak Sakho bila dah nampak sistem terpaksa dirombak dalam permainan. Sekurang-kurangnya Sakho ada sedikit kepnatasan dan tak kelam-kabut bila dalam situasi satu lawan satu.
Berkemungkinan kunjungan ke Old Trafford Livepool akan kembali kepada mod berhati-hati. Dilema peminat adakah Lovren digantikan dengan Sakho atau masih kekal. Kalau ikutnya Brendan mungkin dia akan kekalkan Lovren, sebab kita dah tahu dia anggap satu perlawanan tak menggambarkan kemerosotan teruk. Namun dari segi keadilan, sepatutnya pemain yang buat silap kena denda dan pemain yang bersaing kena bagi peluang pula. Kecualilah memang Brendan tak anggap Sakho boleh menggugat Lovren.
Kita bakal berhadapan dengan pasukan Menyu yang paling mahal dalam sejarah. Tapi nasib baiklah mereka tak beli pemain bek tengah yang berkaliber. Dengan ketiadaan Coutinho yang digantung perlawanan, nak manipulasi jentera serangan dengan seorang penyerang kita nampak masih belum boleh nak robek pertahanan Menyu. Firmino masih tercari-cari rentak dan nak letak bebanan untuk beliau buat macam Coutinho mungkin diluar keupayaan. Kalau ada Lallana bagi saya dia mungkin opsyen paling mudah.
Benteke wajib digandingkan dengan Ings. Itulah taktik mudah nak main dengan situasi sekarang. Walaupun Ings tak kreatif, pemain itu punyai asas penyerang yang baik. Reti main satu dua dengan rakan, larian dalam kotak dan mampu pegang bola, memang sesuai nak gerobek pertahanan Menyu yang tak sekebal mana. Tengok camna Swansea tibai Menyu dengan main berhabis-habisan. Kuncinya pemain kena main pantas dan tak melengahkan permainan. Ini kita tengok pemain Liverpool banyak bila ada peluang mereka ambil opsyen yang silap, suka lengahkan permainan sampai lawan sempat kembali berkubu.

Suka kiranya lawan Menyu nanti abam nak tengok formasi 4-4-2 Berlian.
Mignolet
Clyne Skrtel Sakho Gomez
Lucas
Emre Milner
Firmino
Ings Benteke
MUFC 1-2 LFC
ReplyDeleteMUFC 1-2 LFC
ReplyDeletemanu 1 - 1 LFC
ReplyDelete-qe7-
MUFC 2 - 1 LIV
ReplyDeleteman u 1 - 3 Liverpool
ReplyDeleteMan U 0-1 The Reds
ReplyDelete0- 0
ReplyDeleteManU 1-1 Liverpool FC
ReplyDeletenk tebak Liverpool menang sbnrnya.. tp apakn daya.. mgikut logik akal tanpa pemain terbaik kita diatas padang coutinho(kad merah) henderson,lallana,sturridge y msh cedera.. benteke y x 100% pas match kelayakan euro.. sukar bg kta apalagi d OLD KEREPOT.. tempat pemujaan syaitan laknattullah... Rise UP(We GO Again)
tudia.. pemenang teka last season dh kasi tips
DeleteSetan Merah 2-3 Liverpool
ReplyDeletelama x teka, kali ni game hangat wa nak teka gak. tp nmpk semua bg tipis2 je, wa nak bagi 3-0 la kasi x lojik sikit. liverpool mmg team yg tak lojik dr dulu lg. -cute-tinho 10-
ReplyDeleteMan 2-0 Liv
ReplyDelete-cucu mak leha-
man u 1 vs 3 liv
ReplyDeleteMu 3 - 0 Liv
ReplyDeletestan