kredit @kakigrafik |
Degil, keras kepala dan berprinsip. Itu yang kita nampak karektor Brendan Rodgers. Ianya jadi satu yang positif jika gunakan dengan cara yang betul. Masalahnya sekarang Brendan telah jadi tak ketahuan punca. Semua perancangan beliau tak menjadi, walaupun pada asasnya beliau punyai pemain yang mantap. Pemergian ke Bordeaux hanya membawa pemain simpanan dan akademi dikritik ramai. Namun bagi saya tak mengapa, Piala Europa mungkin bukan sasaran. Tapi bukanlah tempat untuk eksperimen taktikal sampah.
Berkali-kali dah lejen macam Carragher, Lawrenson, Souness dan banyak lagi komen tentang pendekatan Brendan yang tak berapa cantik. Teguran mereka dapat saya simpulkan antaranya Brendan letak pemain diluar posisi dan taksub sangat dengan formasi 4-3-3 dan paling kita menyampah dengar ialah pilih kasih yang melampau-lampau. Faktor inilah yang rasanya ramai peminat setuju punca pasukan kita nampak tak berapa sempoi permainan sejak dua menjak.
Ok kita imbas ke cerita di Bordeaux sat. Walaupun aksi dikejohanan Eropah kelas dua ini memang tak menarik dari segi lawan dan hadiah, namun peminat Liverpool memang jenis tak kisah. Sebab itulah ramai pesan, jika nak cari bakal suami cari peminat Liverpool, mereka setia walaupun susah senang. Ramai yang mengagahi pergi mamak atau berjaga lewat malam walaupun tahu mata rabak keesokan harinya. Nasib baiklah perlawanan dengan Bordeaux kali ni awal sikit main pukul 1 pagi, rasanya ramai yang boleh tahan mata lagi.
Kesebelasan yang diturunkan taklah nak kisah sangat. Tapi formasi 3241 paling semak otak kita tengok berbanding 4231 masa lawan Menyu haritu. Lawan pasukan setaraf Bordeaux tak payahlah nak main takut sangat sampaikan nampak begitu berterabur main. Apsal tak main 442, mudah dan tak payah perah kepala otak nak bertaktikal sangat padahal orang nampak Brendan memang terserlah merapu kalau cuba nak berekperimen. Letak 442 kalau tak pandai sangat nak bertaktikal, biar pemain buat kerja mereka.
Mignolet--------------------------------------------Mignolet
Gomez Toure Sakho -------------------- Gomez Toure Sakho Moreno
Ibe Emre Rossiter Moreno-------------------Ibe Emre Coutinho Lallana
Coutinho Lallana ----------------------------------Ings Origi
Origi
Apa yang dapat disimpulkan secara keseluruhan perlawanan tersebut ialah pemain Liverpool tak dapat tunjuk kualiti sebenar sebab taktik kurang sesuai dengan kualiti mereka. Hanya Sakho dan Countinho yang main baik. Lallana walaupun jaringkan gol pembukaan, tapi asyik hilang bola dan suka main pusing-pusing badan, padahal kadangkala main hantaran mudah opsyen terbaik. Ibe jauh dari apa yang kita harapkan, punyai potensi besar tapi dalam membuat keputusan yang tepat dia nampak hanyut. Gomez pula banyak perlu belajar, kerana gol Bordeaux boleh dielak jika beliau bertindak cepat.
Dengar cerita Henderson dan Sturridge dah boleh main untuk perlawanan dengan Norwich nanti. Berita yang menarik, tapi lebih menarik lagi Sakho baru sahaja sambung kontrak baru. Harap bukan kontrak baru sahaja untuk Sakho tapi dia kena jadi pemain utama juga. Memang nampak Sakho ciri kepimpinan beliau terserlah bila mengkapten Liverpool ganti Toure. Lovren boleh kebangku simpanan dan kini masanya Skrtel bergandingan dengan Sakho balik.
Mignolet
Clyne Skrtel Sakho Moreno
Emre
Firmino Milner
Coutinho
Benteke Ings
Kalau nak menang dengan mudah tanpa berkompromi letak pemain luar posisi, kesebelasan diatas saya rasa memang sesuai. Benteke walaupun tak cargas, dia boleh pegang bola dan perlukan penyerang untuk menerima bola umpanan beliau. Kalau Sturridge masih belum boleh main, Ings opsyen paling mudah. Kekuatan Liverpool patutnya berpusat ditengah. Sebab itulah disyorkan letak formasi Berlian. Baru boleh main hantaran pendek sambil bila takdak bola boleh tekan lawan dengan mudah.
Namun biasalah Brendan, benda yang mudah dia suka bagi serabut. Mungkin tekanan dari pemilik membuatkan dia tenggelam punca. Malah dengar kata pihak FSG sedang membawa Klopp ke meja rundingan dan berikan Brendan peluang sebelum Disember untuk buktikan dia bagus untuk tugas mencabar di Anfield. Sementara itu harap Brendan kembali buktikan beliau bukan pengurus yang gagal. Takkan lawan Norwich yang tak seberapa pun tak boleh menang kan.
Admin. aku setuju Sakho masuk balik. dan kalau boleh, aku rasa mungkin kita boleh dah berkira-kira cari bek tengah yang lebih konsisten daripada Skrtel. yep. memang dia loyal dan banyak hasilkan match winning tackle. tapi dia sangat tak konsisten.
ReplyDeleteskrtel tak konsisten sbb pairing dia tak sedap bro.
ReplyDeleteThe Reds 2-0 Norwich City
ReplyDeletekita cuba ini malam...liv 3-0 norwich
ReplyDeleteLiverpool FC 4-0 Siti Nor WITCH..
ReplyDeleteBR kna mng besar kat anfield.. apatah lagi lawan Team y kira atas kertas kta blh mkn.. utk ttp mulut pkritik y nk kan dia dbuang utk dGantikn oleh KLOPP.. tp kalo klh,seri atau menang x meyakinkn.. sy rasa BR da mnmpah 1 tiket kearah pemecatan.. takkan kta nk kalah HATTRICK lg mcm musim lps... apatah lg ini baru d awl musim... sy rsa ramai y x ble trma kalo kta kalah lg... da jd mcm Chelshit da bunyinya tu... Rise UP (WE GO AGAIN).
TheReds 3-1 N.Siti
ReplyDelete-shah_2134-
Mlm nie 5-0 lama dh tak tengok Liverpool balun Norwich..FT Liv 5-0 Norwich..
ReplyDeleteKalau liv kalah dgn norwich mlm ni xtau ckp apa da..owner kene buka mata,bagi peluang kat org lain jd coach utk bawa liv.
ReplyDeleteYg membezakn benteke ngan balo ialah disiplin aje.. lain2 sume sama. Bkn striker yg boleh main sorang2 kat dpn mcm suarez...keputusan smlm dh nampak.. 3 defence pun bkn taktikal yg sesuai..
ReplyDeletebro tkde updateee keee
ReplyDelete