Suratan atau kebetulan. Kembalinya Sturridge dan Coutinho merubah nasib dan permainan Liverpool. Kehambaran Benteke dan Lallana telah ditontonkan bagaimana pemain kita perlu cepatkan permaian, bukan gentel-gentel banyak atau tunggu keras jadi tunggul. Gol pertama Sturridge hasil tandukan yang taklah pawer mana. Tapi dah nama penyerang hebat, dia tahu dan penuh konfiden nak duduk kawasan baik untuk terima hantaran. Mungkin hantaran dari Coutinho sangat berkualiti, namun itulah caranya nak bagitahu kat Benteke yang penyerang kena ada dalam kotak dan kena tahu pot baik untuk masuk meyerang bola hantaran.
Gol kedua dari Milner juga sangat berkualiti juga tetapi kredit kepada Sakho yang mengacah, sekaligus buat lindung penjaga hawang Villa dari tepis bola sepakan percuma itu. Setelah sekian lama menunggu pengambil sepakan percuma hebat selepas Gerrard dan Suarez, Milner adalah alternatif terbaik dengan Coutinho. Separuh masa pertama secara keseluruhannya dikuasi Liverpool dengan beberapa gerakan bahaya namun macam biasa pemain Liverpool cuba perlahankan tempo, main dengan hantaran kemas dan pentingnya pertahanan tak ralit tutup ruang bila Villa menyerang
Gol ke-3 adalah gerakan gegenpressing yang sebenar. Emre menerpa ke bek lawan yang ralit memegang bola. Walaupun dia dijatuhkan namun bola sempat disambar oleh Firmino. Disinilah kita tengok pemain kreatif macam Firmino tak cuba buat terlebih pandai, nak gentel lama atau cuba nak pecut masuk dalam. Dia cuma tarik dua pemain Villa kearah dia dan leretkan bola kepada Emre yang dah tunggu ditengah minat bola. Kalau selama ini kelaut juga Emre dengan percubaan luar kotak, namun kali ini Emre hadiahkan gol ke-2 peribadi beliau yang mana agak kurang cun berbanding ketika lawan Chelsea sebelum ini.
Klopp merehatkan Sturridge dalam 60 minit lebih dan digantikan dengan Origi. Ramai musykil pasal tak letak Benteke. Inilah jawapannya pada minit ke-63 tak silap, sekali lagi Gegenpressing dari Kapten Hendo, mencuri bola dari kaki pemain Villa. Beliau memberikan hantaran kepada Coutinho yang berada disayap. Coutinho nampak Origi berada dalam keadaan bersedia memecut kedepan, dan Coutinho melakukan hantaran untuk dihambat Origi yang berjaya merempit ala Usain Bolt melepasi 2 bek Villa dan gol ke-4 menyusul. Kalaulah Benteke yang berada di tempat Origi, bukan sahaja dia takkan berjaya nak rempit camtu, malah kalau lepaskan pun masih 50-50 nak gol kawan.
Liverpool macam cukup bernafsu nak baham Villa yang dah lemah dan kecewa. Memang tak puas dengan 4 ditambah lagi lagi dengan gol dari pemain yang kita takkan jangka nak buat gol. Clyne bukan tak pernah sumbat gol kat Soton dulu, tapi kali ini barulah kita nampak Clyne yang betul- betul- penambah baikan dari Glenjo. Gerakan bermula dari Origi dan Firmino, yang bermain satu dua, dan Firmino melorongkan kepada Clyne yang masuk dari sayap kedalam kotak penalti. Sepakan Clyne ditepis goli Villa, namun akibat tekanan dari Origi, bola terkantoi dan Clyne dapat peluang kedua dan tak persia-siakan peluang yang ada.
Gol penutup dari Kolo memang menampakkan betapa pertahanan Villa memang hilang punca. Sekor Bek Villa pun tak jaga Kolo tapi dok kerumun Kawasan depan gawang. Keseluruhan perlawanan kita berpuas Hati sebab pemain baru ingat cara nak sumbat gol dan juga bertahan dengan tanpa bolos. Ingat kalau main camni lah selepas ini masih ada peluang sekurang-kurangnya ke Liga Europa. Sebab nak ke Liga Juara-Juara macam tak mampu nak capai sebab nak kena pulun 12 mata dari Man City ditangga ke-4.