Liverpool masih belum pulih dari sindrom malu depan gol lawan dan gelabah depan gawang sendiri. Walaupun ianya jarang berlaku bertahun-tahun dulu, namun musim ini nasib tak menyebelahi sebab awal musim hingga sekarang majoriti penyerang kita ramai yang cedera. Hanya tinggal Benteke sebangai penyerang utama, namun peranan beliau tersangat meyedihkan hinggakan Firmino yang lebih kepada pemain tengah menyerang, terpaksa djadikan penyerang utama. Namun apakan daya Firmino tak berupaya nak bedil gol banyak-banyak jika pemain tengah lain tak menjadi memberikan bantuan secukupnya.
Dedikasi pemain terhadap taktikal Klopp nampaknya tak sampai. Lain disuruh lain yang mereka buat. Kita boleh tengok sampai Klopp bising-bising ditepi padang dengan beberapa pemain yang tak ikut arahan. Kadangkala tak banyak persoalan yang datang dikotak fikiran bagaimana pemain-pemain sedia-ada yang dah bertahun main di Liga Perdana tak masih tak menunjukkan stendet yang diperlukan untuk bermain untuk pasukan yang patutnya berada dalam lingkungan 4 terbaik.
Kembalinya trio serangan Sturridge, Coutinho dan Origi dalam latihan, berikan satu harapan walaupun pastinya mereka takkan terbabit dalam perlawanan dengan Sunderland nanti. Harap kehadiran mereka boleh bagi pemain yang bakal terbabit dalam perlawanan Sunderland nanti satu cabaran bahawa posisi mereka takkan dapat percuma lagi bila walaupun main tak setara mana. Nampak sangat impak pemain macam Coutinho dan Sturridge amat diperlukan dan yang ramai dalam pasukan setakat bagi cukup korum sahaja.
Lawan kita nanti Sunderland memang tak setanding Leicester dari segi permainan. Tapi masalah sekarang bukan pasukan lawan yang kita takut tapi ialah pasukan kita sendiri yang buat masalah. Pasukan lawan kadangkala tak perlu buat percubaan bertubi-tubi. Cukup sekadar dapat satu -dua peluang dan pandai guankan kesempatan atas kesilapan dan kelemahan kita, perlawanan yang patut mudah dah jadi serabut buat kita. Harus diketahui bahwa pasukan lawan pasti sasarkan sepakan penjuru dan sepakan percuma dan mereka dah boleh dapatkan sesuatu dari perlawanan.
Mignolet
Clyne Lovren Sakho Moreno
Lucas Henderson Emre
Lallana Milner
Firmino
Kesebelasan kat atas rasanya dah boleh jangka bakal diturunkan. Kita peminat hanya mampu harapkan mereka lakukan yang terbaik, sehingga pemain utama pulih. Pasukan lain kita tengok selamba tapau 3-4 biji gegarkan gawang Sunderland, takkan kita tak mampu nak bubuh sebiji dua. Biarlah main macam Norwich, walaupun bolos banyak tapi kita balun lebih dari mereka. Sekurang-kurangnya ada juga modal nak sembang dalam gua nanti.
Liv 3-0 sunderland ....angan2
ReplyDeleteSalagi klopp masih menaruh harapan dgn pemain seperti moreno,lucas,lalana,can dan sakho tak kemana la kelab pujaan ku ini.Mungkin menang tipis ataupun seri.
ReplyDeleteSindrom gelabah bila lawan team lemah pn masih menebal..x harap mng besar pn.
ReplyDeleteLiv 2-1 Sun
-qe7-
Liverpool 2-0 Sunderland...
ReplyDeleteharap ble pulun menang smp abis game belen ni... dpt top4 Alhamdulillah.. klu x dpt pn xpe cba g next season.. y pasti dgn skuad y baru dirombak kloop d akhir musim...