Baru kita faham kenapa Leicester berada kat atas. Bila ada penyerang macam Vardy, main tak payah stail sangat, bila ada peluang lambung pergi kat kawasan mana Vardy ada, nantikan kebodohan bek yang lembab akan berikan Vardy ruang untuk melakukan sesuatu yang luar jangka. Bonus pula bila goli berada diluar kawasan gawang sebab konon nak bantu bek. Apa yang kita nampak kehebatan Leicester ditentukan oleh pemainan yang disiplin disemua posisi, berbanding pasukan kita yang hampir semua posisi hancur.
Klopp tak perlu meroyan, semua dah tahu pemain sekarang kurang sangat nak reti buat keputusan yang terbaik dalam situasi samada serang atau bertahan. Ada Kapten pun tak nampak reti nak bawa pasukan macam Abam Gerrard dulu. Kat sinilah saya nampak perkara pertama yang Klopp kena buat perubahan musim depan dengan bawa seorang pemain yang dia kenali dan percaya ada ciri-ciri Kapten dan kalau boleh jenis vokal sikit. Nak harapkan pemain tempatan tak ada kecuali Flanagan, itupun Flanagan belum tahu lagi kekal atau tak sebab kontrak sampai hujung musim sahaja.
Saya tak marahkan Klopp walaupun dia tak beli pemain baru-baru ini. Lagi lama tengok permainan buruk pemain tinggalan Brendan, lagi mudah Klopp nak tendang pemain tersebut. Dengan erti kata lain, sekarang uji-bakat untuk tengok persembahan terburuk, sapa yang menang bakal dapat tiket untuk pergi berambus dari Anfield. Tak perlu risau apa-apa nak kutuk pemain itu-ini, sebab ramai yang putus asa nak komplen. Cuma dalam keadaan ini diharap pemain muda diberi peluang lebih sikit, sebab mereka nampak lebih main pulun dari yang tua bangka, gaji beratus-ratus ribu Pound seminggu.
No comments:
Post a Comment