Perlawanan akhir Piala Liga dengar kata takkan disiarkan dalam Astro. Sedih betul kalau memang tak ada. Kalau lawan dengan Sunderland tak apala juga, ni lawan Man City yang pasti penuh dengan hiburan dan aksi serta taktikal yang menyetimkan lebih setim dari perlawanan Menyu. Kalau cenggitu moh kita layan stream kat rumah atau ke Siber Kafe bagi yang tak berani nak stream pakai Telepon pintar sebab langgan data 1Gb.
Jangan lupa bahawa Piala terakhir yang pasukan kita menang ialah Piala Liga. Menang penalti dengan Cardiff, masa dibawah kendalian King Kenny. Baru kemarau 3 tahun, taklah sangap sangat nak bandingkan pasukan lain yang berhabuk almari yang nak letak piala. Seingat saya hanya Henderson adalah saki-baki veteren perang 2012 dulu yang bakal beraksi. Skrtel masih cedera dan Enrique ada tapi macam tak wujud. Saya ingat lagi masa tu Suarez masih koman spanar, tetapi yang menonjol ialah Downing.
Mignolet
Clyne Toure Sakho Moreno
Emre Henderson Milner
Firmino Sturridge Coutinho
Mungkin kali ini barisan yang kat atas diturunkan sebab nak teka camna taktikal Klopp musim ni. Barisan terbaik cuma dari segi serangan tetapi masih tak berapa ngam dibahagian tengah, bawah dan gawang. Tapi apa nak heran, dengan semangat "Kami Liverpool" Djimi Traore yang paling teruk dalam sejarah pertahanan, pun jadi pemain terbaik Istanbul 2005. Saya rasa semangat pemain ditambah aura Klopp, pengurus yang dah biasa dengan tekanan perlawanan akhir kita bakal tengok pemain berjuang sampai minit terakhir.
Lepas tuuu..kena lawan the citizens semula dalam liga perdana di Anfield..dua-dua kena menang..demi menjaga maruah..YNWA.
ReplyDeletefixture bulan MAC nanti mmg tough..
ReplyDeletehuhhh..frust sungguh takde live..mmg dasar astrok btul laa..takpelaa, hope mng laa piala liga yg ke 9 eh???? YNWA!!!!
ReplyDeleteliv 2-1 man city
ReplyDelete-cucu mak leha-
Tolong bagi link nak free live streaming bleh?
ReplyDeleteTolong bagi link nak free live streaming bleh?
ReplyDelete