Prestasi sekarang taklah membimbangkan sebab Liverpool bukan berapa dasar liga bergelut nak jatuh Divisyen bagai. Sebab itulah hirarki pihak pengurusan FSG , Klopp dan pemain kita nampak tenang. Tapi yang gelabah peminat kat luar yang tak boleh nak tengok Liverpool ada masalah sikit. Bagi yang otai mungkin mereka dah terbiasa dengan prestasi flip-flop camni. Mereka faham bahawa dalam dunia bolasepak yang penuh persaingan sengit, kelab yang miskin pasti akan ketinggalan. Cuma cerita Leicester adalah dongeng purba yang datang sekali-sekala, macam Nottingham Forest, Leeds dan Blackburn Rovers.
Saya ambil keterangan Paul Joyce dari Dailyexpress, beliau cakap Klopp bukan sasaran utama FSG. Tetapi FSG nakkan Ancelotti, sebab mereka tengok resume dia memang gah. Namun bila Pakcik dari Itali tu cakap semua pemain sedia ada memang tunggul kayu dan perlu rombakan menyeluruh memang sentaplah FSG masa tu. Datang pula Klopp, dia dengan yakin rasa benda alah ni dia pernah buat kat Dortmund, asah kayu tunggul jadi pemain hebat, maka FSG rasa mereka dah dapat pak angguk, yang boleh selamatkan poket mereka dari kena belanja besar. Belanja besar bukan bermaksud perpindahan, tetapi nak bayar gaji tinggi untuk pemain bintang tu mereka takmau.
Sekarang terbukti omongan Ancelotti ada benarnya. Pertahanan Liverpool sejak zaman Rafa belah memang ketahian sejurus itu. Goli ada pun macam takda, kadang-kadang ok tetapi kelaut selalu dan pergi beli pemain belia yang tak kuat semangat. Henderson tak ada rakan yang berjiwa kental dari segi mentaliti dan juga fizikal. Malah menurut Ancelotti lagi sejak Suarez blah, Liverpool dah tak ada penyerang yang boleh buat gila depan gol untuk sumbat 20+ . Sebab itulah Ancelotti taknak kecewakan peminat dengan beri harapan palsu sebab terpaksa puaskan hati pemilik.
Mignolet
Clyne Matip Gomez Moreno
Lana Milner Gigi
Mane Firmino Coutinho
Klopp juga perlu buang sikit kedegilan dengan letak pemain yang kena tempatnya. Lucas mungkin gah dalam padang latihan, namun dalam 90 minit sebenar, pemain ini tak mampu terjemahkan atas padang. Limitasi beliau dari segi fizikal dan kepantasan telah dibogelkan oleh Vardy, malah beberapa pemain pantas lain sebelum ni. Sebab itulah masa nilah semua bising kenapa tak letak Gomez. Dan masanya telah tiba untuk Klopp beri peranan utama anak muda ini. Kita takkan bising jika Gomez buat sikit kesilapan sebab masa muda ni dia akan belajar untuk meningkat. Tapi pemain tua bangka macam Lucas patutnya dia kena cermat bila hadapi situasi cemas.
Ketiadaan Hendo takkan boleh diganti dengan Emre. Main kat manapun Abam Pomade tu nampak dia masih terkial-kial cari identiti diri. Sebab itulah masa kat Leverkusen, jurulatih ketika tu dah nampak Emre tak punyai kewaspadaan untuk main diposisi tengah. Emre main kat tempat Milner sekarang, bek kiri. Nasib baik Emre masih muda, ramai sebelahi beliau. Kalau dah sebaya Allen rasanya memang takkan bernasib baik, walaupun nampak macam anak emas Klopp.
Saya suka jika Klopp letak Milner diposisi DM. Sementara sebelum Hendo pulih balik. Milner mungkin kurang pantas tetapi pengalaman untuk main kat posisi tengah memang dia mampu. Paling terbaik untuk menenangkan tempo dan gerakkerja jentera tengah. Masa Emre main haritu orang lain naik serang dia pun tumpang sekaki, akhirnya bila terlalu keatas tak siapa nak bekap Lucas bila situasi 1 sama 1.
Lawan kita Arsenal memang jenis main serang. Jadi perlawanan ni boleh dikatakan lebih sesuai dengan sistem sekarang. Cuma tak tahulah jika Wenger pun nak main poyo susun bas. Apa yang teruja setakat ini ialah Arsenal sedang fokus untuk perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara, untuk buat kebangkitan dari tewas 5-1. Jadi Klopp boleh ambil kesempatan ni untuk cilok mata kot.Apa yang pasti Sang Meriam pun nak punahkan harapan Liverpool dalam saingan 4 terbaik macam harapan Spurs haritu. Harap mereka jangan bongkak macam Spurs.
Liverpool 1 - 0 arsenal
ReplyDeletesebagai peminat tegar,kne hadam menang kalah..
ReplyDeleteterus fikir positif..
hehehe..
kali ni abam tikam Liverpool 4-1 Arsenal
k bye!
#ynwa
Liverpool 8-3 Arsenal
ReplyDeleteliv 3 ars 2
ReplyDeletemesti banyak gol punya...
KT DLM POSISI BETUL UTK MNJADI KELAB HEBAT. PLAYER SKRG PUN BLEH ACHIEVE BIGGER. KALU XHEBAT XKAN TEAM POWER2 KT BLEH TAPAU. NI TRJD SBB MASALAH FORM YG XMENENTU DR PEMAIN. DITAMBAH PULAK DGN MANAGER YG MSH X ADAPT LG SUASANA EPL YG MMG PADAT DAN MENCABAR. TEKANAN DARI PEMINAT DN MEDIA DH BYK ROSAKKAN MENTAL PLAYER N MANAGER. CUMA DLM KEADAAN SKRG NI KT KENE BIJAK UTK RELAX DAN BIAR KLOPP BUAT KERJA DIA. AKU PUN XSUKA DGN KLOPP DR DULU CUME DIE MMG KENE DIBERI MASA UTK BUAT SSUATU. LIMITASI DARI PIHAK PENGURUSAN TNTG PEMBELIAN PEMAIN MMG GAMPANG. GIVE MORE TIME UTK BG PLAYER FLUORISH. KNE ADE SORG LEADER YG VOKAL KUAT YG BLEH DIDIK ANAK MUDA ATAS PADANG. HRP SEASON DEPAN SORG DEFENSIVE MID YG GARANG MCM GATTUSO YG BLEH COVER PADANG N PLAYER DR DIBULI. SURUH GERRARD JD ASSISTANT MANAGER OR YG PENTING DIE KENE ADE TEPI PADANG UTK SUPPORT..
ReplyDeleteP/S - JD PENYOKONG LIVERPOOL HATI KNE KERING N KAMJAD.
mAT RAVOLTA
Liverpool 3-1 Arsenal
ReplyDeleteLiverpool 3-1 Ahsengal
ReplyDeleteThe Reds 2-1 The Gunners
ReplyDeleteMemberi komen tk semestinya bukan peminat yg setia hujung nyawa. Tp memberi komen kan lg bagus nmpk lah lg meriah sikit perbualan. Adalah bahan nk di ketengahkan. Tk salah kan bg respon. nnt tk komen serupa ikan menggeletek tak dpt air pule haha
ReplyDeleteLineups
ReplyDeleteGoalkeeper: Simon Mignolet
Defence: Nathaniel Clyne
Defence: Joel Matip
Defence: Ragnar Klavan
Defence: James Milner
Midfield: Georginio Wijnaldum
Midfield: Emre Can
Midfield: Adam Lallana
Forward: Roberto Firmino
Forward: Philippe Coutinho
Forward: Sadio Mane
Injured: Danny Ings
Coach: Jurgen Klopp
Goalkeeper: Petr Cech
Defence: Hector Bellerin
Defence: Shkodran Mustafi
Defence: Laurent Koscielny
Defence: Nacho Monreal
Midfield: Alex Iwobi
Midfield: Granit Xhaka
Midfield: Francis Coquelin
Midfield: Theo Walcott
Midfield: Mesut Oezil
Forward: Alexis Sanchez
Injured: Santi Cazorla
Injured: Yaya Sanogo
Injured: Mohamed Elneny
Coach: Arsene Wenger
Liv 7 Ars 1
ReplyDeleteLiv 2 sengal 0
ReplyDeleteaq mcm mlas dah liverpool nie. mlas nak teka dah. dahlah x tepat, klah plak tu. skli dua xpe ini dah brkali2. kali ni mng ka klah ka lantaklah. sblum ni aq bengang sangt bila klah. macam nak maki. tapi bila slalu. aq redha je sbb dah biasa. musim ni apa pun x dpt. hampeh. musim lalu kata musim dpan kita pnya la apa la. dah brpa kali nak tnggu liverpool nak juara epl. dah lama sngt. nak teka je la saja nak main kena x kena. liv mng 2-1. klau klah jgk biar je la. nak buat apa. kita pmnat je. aq dah x kisah.
ReplyDeleteLiv 2-2 Ars..
ReplyDeleteHrp dpt p ke eropah ler.. Klu bkn champions league pn Europa league..
Liv 2-2 Ars..
ReplyDeleteHrp dpt p ke eropah ler.. Klu bkn champions league pn Europa league..
Menang lah 3-1
ReplyDeleteSebab memang 3-1
ReplyDelete3 orang juga teka tepat.
awangTHRASHER
Azhanhizan Hizan
faizal
tahniah utuk anda.
Teka tepat untuk kali kedua..!!!
ReplyDeleteTahniah anda btiga
ReplyDeleteTahniah anda btiga
ReplyDelete