Burnley memang bukan Barcelona nak ditakutkan. Tapi kenangan pedih di Turf Moor awal musim tewas 0-2 memang masih segar dalam ingatan. Malah dengan perkembangan semasa lawan pasukan bawahan langsung tak membantu rasa cuak sebelum perlawanan. Saya sempat tengok satu blog peminat yang pandai cari statistik fizikal paparkan bahwa Liverpool pasukan paling lemah dalam semua 20 pasukan EPL. Paling rendah antara semua namun sedikit berisi dari Man City yang paling kurus keding. Sebab itulah lawan akan sasarkan penderaan fizikal untuk melemahkan mental pasukan kita. Bukan sebab susun bas sangat tetapi cara mereka gunakan ketinggian dan permainan robus .
Saya nampak Burnley main ada kepelbagaian untuk mencari kelemahan fizikal kita. Pengurus mereka muka macam Stone Cold, dah buat kerja rumah dengan baik. Main dengan 442 untuk perangkap pertahanan kita yang suka main sampai atas. Mereka taklah nak kata terlalu bertahan, cuma bila kena serang baru mereka tak bagi peluang ada ruang. Bolasepak permainan fizikal, tambahan pula Liga Inggeris memang setail dia camtu. Jadi mahu tak mahu jika abaikan sisi gelap ni nak main skema setiap masa sebab tulah banyak keputusan lawan pasukan fizikal kita tewas. Itu faktor penyumbang, walaupun faktor sebenar ialah gagal buat jaringan dan tak pernah serik bolos.
Hakikatnya Liverpool separuh masa pertama terlalu buruk nak digambarkan. Tak garang, mudah dijangka, main takut2 dan hanyut dalam padang jadi bahan buli pelawat yang memang takkan bagi peluang kita nak masuk menyerang langsung. Serangan pertama mereka berikan pukulan maut kepada sikap optimis peminat. Serangan Burnley banyak sebelah kiri antara Coutinho dan Milner. Sikap pemain kita terutama Coutinho bukan asbab gol tetapi dia tak cuba tutup ruang untuk bek kanan Burnley cari sasaran. Kedudukan 2 penyerang Burnely tak bahaya tetapi lorongan ke arah mereka itu lah bahaya. Bola lencongan bawah cuba di tampan Klavan namun gagal, melewati Gray dan Matip, namun Barnes sampai tetap masa untuk menjolok bla kedalam gawang Liverpool.
Punyalah sediah tak terkata. Bukan apa selalu bila kena awal camni, alamat Bunley akan buat sial main susun bas. Malah lagi takut kalau pemain hilang arah tujuan terutamanya Emre yang nampak gagal berikan impak sebagai penjaga barisan pertahanan kita. Emre nampak kurang cermat dalam hantaran dan banyak kantoi bola, tapi penyerang Burnley nasib baik tak berapa cerdik juga. Satu lagi kelemahan Abang Pomade ni dia selalu tewas perebutan bola tinggi. Mungkin pemain Burnley main kotor selalu tarik menarik. Malah pemain tengah lain juga tak banyak membantu sebab Gigi dan Lana banyak berada dalam kawasan serangan.
Namun dah nak hampir tamat separuh masa pertama, rezeki bagi pihak Liverpool pula. Selalunya Origi akan berada dalam kotak sebagai pemain sasaran sebab itu tugas dia. Gerakan Origi dari sayap menghantar bola kedalam kotak bila ada Gigi, Lana dan Mane dekat situ. Bola sampai kepada Gigi dan dia cuba sepak tapi bola kantoi di tahan bek Burnley, namun muntahan itu dapat digunakan sebaiknya oleh Gigi untuk menghasilkan gol penyamaan Liverpool dan berikan peminat satu kelegaan setelah alami kekecewaan sepanjang hampir separuh pertama. Patutnya itulah cara nak pecah benteng lawan dengan beberapa pemain serangan ada dalam kotak, bukan dok main hantaran beribu kali kat luar kotak.
Tak tahu samada gol penyamaan atau dibambu Klopp dalam bilik persalinan jadi inspirasi buat pemain Liverpool diseparuh kedua perlawanan. Nak kata cemerlang taklah sangat cuma main lebih berani dan yakin. Berani lawan balik untuk rampas bola dan yakin yang Burnley adalah pasukan cap ayam yang cuma pembuli fizikal jika yang dibuli penakut. Tak banyak perubahan namun bila dah tak bagi Burnley ruang, maka Liverpool cuba kembali garang menyerang dan gagah menahan bila diserang. Berbanding awal tadi nampak macam anak kucings sekarang dah nampak macam singa.
Tapi Burnley ubah corak permainan dengan banyak gunakan hantaran tinggi dan bila dapat sepakan percuma, Goli mereka akan ambil sepakan dan pemain akan cuba kerumun depan pintu gol Liverpool. Kalau tengok cara main camtu teringat pasukan Stoke era Sam Allyrdyce. Walaupun majoriti pemain kita pendek namun, bila bertahan berkumpulan, maka percubaan demi percubaan tak beri kesan Corak camtu tak berjaya mencari kelemahan Liverpool sebab Mignolet memang cemerlang kali ini dan banyak kali menumbuk keluar bola. Malah pemain lain memang pro-aktif menghalang percubaan lawan dari luar dan dalam kotak.
Coutinho nampak sedikit tenggelam, dan beliau digantikan dengan Woodburn lagi setengah jam nak habis perlawanan. Mungkin Klopp nak lindungi dan simpan Coutinho sebab nampak beliau tak berapa cergas. Mungkin kebetulan, tetapi sejurus Coutinho keluar rezeki gol datang dari serangan yang tak disangka dan dari pemain yang ada peminat panggil kaldai tua. Emre memang main teruk sebab dia bukan berbakat main tengah bertahan. Tetapi jaringan beliau dari luar kotak dengan sepakan leret padu memang memadamkan kritikan awal peminat. Emre dari kaldai tua sekarang jadi kuda unicorn penyelamat maruah Liverpool.
Adakah dengan kemenangan dengan pasukan bawahan telah menamatkan badi Liverpool. Itu masih belum pasti dan takkan ada jaminan sebab lawan kita pasti akan gunakan keputusan dengan Burnely sebagai tesis baru untuk mereka. Yang penting Klopp kena pastikan pasukan kita belajar dari perlawanan ini. Salah satu benda yang perlu diambil berat ialah pertembungan fizikal. Jika pasukan kita berjaya perbaiki persembahan dengan bawak balik 3 mata dengan main buruk, itu lebih baik dari main nampak kemain hensem tetapi dok sedekah kat lawan mata.
tak ada yang lebih bermakna selain dari menang selepas ketinggalan 1 gol.. kipidap
ReplyDelete