Perlawanan pagi tadi memang sedap macam makan ayam KFC, tapi kalau tak hujan, memang rasanya lagi mantap cam makan ayam Texas Chicken. Faktor cuaca banyak pengaruhi permainan dua-dua pasukan. Paling terasa pihak kita sebab kita main hantaran pendek. Bukan hantaran saja sangkut-sangkut tapi pergerakan pemain sikit terganggu. City pula diorang main secara terus dan banyak gunakan pemain sayap namun mereka juga ada masalah terpaksa elak main hantaran pendek.
Separuh masa pertama masing-masing cuba cari gol awal namun tak banyak serangan bahaya kecuali beberapa gerakan yang hampir buat peminat sakit jantung. Tetapi kita nampak Pep letakkan kesebelasan terkuat dengan meletakkan Fernandinho di bek kanan untuk mendiamkan Coutinho. Percaturan menjadi dan bahagian kiri kita walaupun banyak gerakan dari sana tetapi gagal nak tembus kubu City. Manakala serangan City pula banyak offside sebab pertahanan kita cukup fokus sentiasa.
Apa yang nampak serangan City amat berbahaya jika padang kering. Hantaran lintang mereka semuanya macam kanser tahap 4. Tapi main dengan seorang penyerang, Liverpool bernasib baik pertahanan masih berupaya menidakkan peluang mereka. Malah pujian kepada Mignolet yang nampak macam bukan Mignolet sebelum ni ,sebab dia berjaya tepis beberapa percubaan lawan yang kalau kena hari malang beliau, boleh bagi lawan gembira.
Perhatian kita kepada encik wasit, Michael Oliver. Sekurang-kurangnya Liverpool dapat 2 penalti yang jelas dan City juga boleh komplen benda yang sama. Mane disepak dari belakang oleh Otamendi ketika bawa bola dan terjahan Toure ketas Gigi dalam kotak penalti. Malah Oliver terlalu lembut dengan Yaya, walaupun kita nampak beliau menerjah dada Emre dengan sengaja. Kalau orang lain saya rasa kad merah dan City bakal main dengan 10 orang dah. Namun tekanan sebab main di Ittihad mungkin buat Oliver teragak-agak dalam keputusan beliau.
Separuh kedua bermula dengan lebih rancak macam korus kumpulan Wings. Padang yang makin kering membuatkan perlawanan kian pantas dan lebih pantas lagi. Corak Liverpool lebih segar dari separuh pertama. Emre yang dikritik sebelum ni jadi singa garang dan beliau juga punca gerakan gol Liverpool. Hantaran lambung beliau mencari Firmino yang tak offside. Firmino mendada bola dengan kemas dan Glichy dengan kelamkabut cuba merampas bola dari dada Firmino menggunakan kaki. Lantas tanpa prejudis Oliver beri penalti dan Kapten Milner menyudahkan dengan mudah untuk Liverpool mendahului 1-0.
Selang beberapa minit Liverpool nampak macam masih syok mendahului tiba giliran City pula nak cari gol. Setelah berpuluh-puluh kali buat hantaran lintang, kali ni bila De Bruyne yang buat semuanya nampak sempurna. Perkiraan beliau dan ditambah dengan ketidak upayaan Milner dan Klavan menghadang bola membuatkan Aguero hanya mudah menjulur kaki dan bola masuk dalam gawang untuk gol penyamaan City. Kepantasan bola bukan alasan tetapi Klavan agak perlahan kali ni tak macam separuh pertama dimana kalau bola camtu jangan harap nak lepas.
Sejurus penyamaan City, masing-masing masih dalam mod mahu menang. City punya banyak peluang melalui De Bruyne yang menyepak palang dan gerakan Sterling yang mereka anggap penalti bila Mignolet membentes Sterling dalam percubaan menyelamatkan bola. Namun kita macam tak percaya peluang nak pulang 3 mata hancur punah berkecai bila Lana kantoi percubaan mudah yang hanya perlu ketenangan dan sekadar tampan bola dulu baru rembat. Saya percaya kalau Lana tak letih dia pejam mata pun dia boleh sumbat gol.
Paling ohsem layak terima pujian geng tengah, Emre Gigi dan Lana. Gigi dan Lana memang banyak main kat atas sikit kat bawah. Tapi Abam Pomade, memang cemerlang sejak dua menjak ni. Kalau pun dia main sebab nak kontrak baru, itu yang dia patut buat. Bukan merengek dan menyentap pasal gaji, tapi atas padang main teruk. Bagi saya Emre jenis kena kritik selalu kot. Sebab lama orang dok diam dia pun main rileks. Bila kena ketuk, wallawey kemain garang dan hebat.
Beza Klopp dan Pep bila ditanya tentang perlawanan ni memang kontras. Pep lega sebab tak kalah dan bersyukur kepada Ilahi dapat satu mata dari Liverpool. Klopp pula kecewa sebab dia yakin City memang makanan yang sama lazat macam Arsenal. Namun bagi saya Klopp dan Pep memang sama hebat, cuma bezanya Klopp punyai towkey kedekut berbanding Pep yang punyai towkey kaya yang pemurah. Sekarang perebutan ke Liga Juara-Juara kian meriah sebab Menyu dan Everton pun kian cucuk bontot 4 teratas. Lepas ni kita tunggu Everton di Anfield awal April.
lallana oh lallana
ReplyDeletekalo tak liv tambah 2 mata, aku pun menang teka..