Liverpool kembali ketempat yang selayaknya. Dah berapa musim tak merasa main bersama pasukan elit. Kerja keras Klopp selama 2 musim untuk mencapai ketahap sekarang bukan mudah. Penambahbaikan dari masa kesemasa tak semudah yang disangka. Klopp mewarisi pemain Brendan yang kebanyakan kurang cergas dan mental koyak.
Pembelian dan produk akademi diadunkan sehingga kita dapat pasukan yang mampu ketahap sekarang. Bukan semua pemain sedia-ada berada ditahap terbaik, namun mereka mampu main ikut arahan. Keupayaan individu macam Mane dan Fimino serta Emre dan kesilapan individu macam Lovren, Moreno dan Gomez mungkin dalam pemerhatian Klopp
Pengurus muda Hoffenheim cuba main perang saraf dengan Klopp. Dia mungkin ada analisa nak buat kejutan, pasal nampak kekuatan dan kelemahan Liverpool yang semua orang tahu camna. Tetapi dalam bolasepak nampak mudah macam makan cendol , tetapi hakikatnya lebih rumit dari Sains Angkasa Lepas.
Ada peminat sendiri sangkal keupayaan Firmino sebagai tulang belakang kepaweran Liverpool. Rasanya diorang tak peka atau kurang lihat analisa dalam setiap perlawanan. Walaupun Firmino bukan penyudah sensasi, namun dalam setiap gerakan bahaya membuahkan gol, Firmino adalah perancang segalanya.
Kalau tak kerana Mane kalut Liverpool dah dapat gol pertama, namun Firmino menggerakkan serangan dari tengah mencari Mane dan gerakan Mane dari sayap nak masuk tepi tak lepas dan dia membadik dari kaki belakang melepaskan kepada Emre untuk pemain Jerman itu melakukan rembatan untuk gol pembukaan Liverpool.
Bukan setakat tu, gol kedua memang gerakan satu dua Mane dengan Firmino tetapi kali ni , Firmino ganti tempat Emre, melepaskan hantaran lintang kat tengah. Gandum dengan padu merembat. Rembatan kantoi lalu depan Salah yang tanpa rasa bersalah melepaskan rembatan cemey untuk gol yang disahkan dikedudukan tak curi ayam (offside).
Gol ketiga, macam ulangan gerakan Mane kepada Emre, tetapi kali ni Firmino yang sambut. Firmino tak cuba nak tamak nak cuba gelecek bagai, dia hanya perlu melepaskan hantaran lintang melangkaui barisan pertahanan dan goli lawan sebab nampak Emre dah meluru dari sebelah kanan. Peluang terbuka dan Emre merembat untuk gol kedua peribadi.
Datang ke Anfield, mesti dapat ole-ole gol dari tuan rumah. Liverpool memang ada sedikit masalah bila kena serang balas. Nak kata salah individu mungkin dari kawasan tengah sendiri dah nampak kucar-kacir. Yang sedihnya Moreno tak mampu nak jaga kawasan sendiri sampai pemain sayap lawan dapat ambil peluang mudah menjaringkan gol.
Corak Hoffenheim memang sengaja nak kantoi makan diri. Mereka suka main pegang bola dari bawah tanpa sedar ada masa mereka mungkin ralit kena serbu. Henderson berjaya rampas bola dari kaki Vogts secara bersih cekap amanah dan beliau simpati dengan Firmino yang dok asyik jadi penyumbang gol sahaja untuk biarkan Firmino dapat juga cipta nama sebagai penjaring ke-4.
Kemasukan Gomez ganti Trent satu tindakan nak elak risiko kecederaan disamping bagi pelaung sama adil. Tetapi Gomez nampak ok, namun dia patut pro-aktif sebab gol kedua Hoffenhheim kerana beliau agak malas nak tutup ruang buat bek kiri lawan dapat lepaskan hantaran lintang tinggi mencari kepala Wagner untuk padat gol kedua pelawat.
Undian peringkat kumpulan Champions League 2017/18.
Tarikh : 25 Ogos 2017
Hari : Jumaat
Jam : 12.00 tengah malam
Siaran : Astro 814
Bekas 1
Real Madrid
Bayern Munich
Chelsea
Juventus
Benfica
Monaco
Spartak Moscow
Shakhtar Donetsk
Bekas 2
Barcelona
Atletico Madrid
Manchester City
Sévilla
Porto
Paris St-Germain
Borussia Dortmund
Manchester Utd
Bekas 3
Bâsel
Olympiakos
Tottenham Hotspur
Napoli
Anderlecht
LIVERPOOL
AS Roma
Besiktas
Bekas 4
Celtic
APOEL
Maribor
Feyenoord
Sporting Lisbon
Qarabag
RB Leipzig
CSKA Moscow
persembahan di anfield mmng x mmbosankan. liverpool mmng x bgi pluang hofenheim utk mng. tapi dpt bolos jgk 2 bji. emre can dpt rntak hmpir dpt hntrik. tahniah liverpool.
ReplyDeleteLagi terliur Juventus nk bida Emre & ejen Emre bleh buat point utk minta gaji melampau2
ReplyDelete