Raya Korban hampir tiba. Kat Anfield semangat korban telah diterjemah lebih awal oleh trio dari jemaah muslim Liverpooliah, saudara Syeikh Mohd Salah Saudagar Minyak Dhob, Imam Sadio Mane dan Pengedar Pomade Syarie, Emre Can. Mangsa korban datang dari London di sembelih dengan mudah 4-0.
Bukan nak angkuh, tetapi lawan Arsenal lagi kacang dari lawan pasukan bawahan. Mereka pon tak sedar diri. Dah tahu badi dengan dengan Liverpool kebelakangan ni, cuba juga nak main bagi nampak hensem. Tidakkah Wenger tengok camna Watford main. Susah apa buang ego, letak Giroud pam bola tinggi mungkin itu lebih afdal kalau nak menang.
Pak Wenger cuba nak ubah sedikit stail dengan main 3 bek, untuk kekang Mane, Firmino dan Salah. Reformasi camtu boleh berjaya jika bek mereka dibarisi Tony Adam, Sol Champel dan Martin Keown. Takat Houlding, Konchelny dan Monreal memang menjadi ulam-ulaman trio serangan kita. Wenger jenis suka tiru orang tapi main tangkap muat segala.
Kestabilan adalah kunci kepada kemantapan permainan kita. Serang pun mantap bila bertahan tak panik. Penstabil pasukan ialah bahagian tengah. Bila Hendo-Emre-Gini nampak senada-seirama, baru kita tengok pemain tengah kita terutamanya Gini siap berjoget-joget sampai tercirit-cirit Xhaka-Ramsey nak kejar. Malah bila bertahan mereka memadatkan dikawasan penalti.
Mat Salah hampir dapat gol awal, tetapi dia merembat tepat kepada Cech. Tapi penantian tak lama untuk pecah kebuntuan. Gomez jadi penyumbang gol pembukaan bila dia melalukan hantaran kedalam kotak mencari beberapa rakan yang dah bersiap sedia. Firmino dengan pantas menyambar hantaran dan menanduk padu kejaring pelawat untuk Liverpool dihadapan 1-0.
Lagi peluang yang nyaris gol, kali ni Kapten Hendo telah tewaskan Cech namun tak kena sasaran. Arsenal cuba nak dapatkan gol dengan buka permainan. Memang padah bila biarkan terlalu keatas menyerang. Gerakan serang-kilat terjadi bila bola dirampas Gomez dan gerakan Gini-Emre-Firmino dan akhirnya kepada Mane yang melarikan bola dari sayap dan masuk ketengah melalukan rembatan lencong melepasi Cech yang membuat gaya Superman kaver malu. Liverpool menambah gol kedua setakat separuh pertama.
Separuh kedua bermula dengan Arsenal kembali bermain dengan 4231. Mereka menguasai permaian namun masih tanpa sebarang percubaan tepat. Karius kadang-kala buat jenaka, itupun Arsenal tak berdaya nak buat percubaan. Sekali lagi Arsenal terkena perangkap serangan hendap. Salah berjaya mencuri bola dari Bellerin dan memecut mendahului semua. Disini Mane bertindak menghalang Bellerin dari mendapatkan Salah. Dan Salah kali ni baru dapat menewaskan Cech untuk gol ketiga Liverpool.
Sturridge masuk ganti Mane. Nak jadi rezeki semua penyerang dapat gol sorang -satu. Gerakan lagi sekali dari Gomez yang melorogkan kepada Firimino. Firmino berjaya mengecoh pemain tengah Arsenal dan buat hantaran kepada Emre yang melarikan dari tengah ke kiri dan mencari Salah. Dengan keadaan Sturridge yang tak dikawal, Salah mengambil opsyen terbaik melakuakn hantaran silang untuk Mat Kaca berjaya menjaringkan gol pertama beliau musim ini. Perlawanan tamat dengan 4-0.
Pujian kepada penyerang sebab beri kemenangan, namun pemain kat bawah cemerlang menepis serangan Arsenal sebab bermain bertahan secara berjemaah. Karius memang nampak badut sedikit, namun dia bernasib baik sebab rakan pertahanan cepat bertindak ditambah serangan Arsenal yang mati pucuk. Bukan nak kata, tetapi hairan macam tak perasan Ozil main semalam. Inilah antara liabiliti ataupun biawak hidup yang pasukan Arsenal tanggung setiap perlawanan.
Serius,aku pun tak perasan ozil main semalam.bukan nak bongkak.tapi tobat lahum tak perasan.dah habis game baru perasan.
ReplyDeleteharap2 lepas international game tiada player liverpool yg cedera..
ReplyDeleteMat salah tak buat salah lagi sebab dia ada banyak Mane di depan..golll.
ReplyDeleteGame terbaik liverpool. Counter attack yang menjadi dgn adanya salah dan mane.. midfield ampuh dan cepat membuat tindakan(counter). Harap2 ini menjadi kebangkitan kita.
ReplyDeletedi internet tular liverpool dah sign naby keita dengan rekod perpindahan 48 juta pound untuk musim hadapan, tetapi laman web rasmi LFC tiada sebarang pemakluman pun, admin boleh komen tentang perpindahan tersebut.
ReplyDeleteliverpool mmng gempak..klau brtrusan bgini kan bgus. tahniah parktam dpt teka tepat mnggu ni.
ReplyDelete