Sebagai mukadimah Liga Perdana, peminat disajikan perlawanan dramatik, lawak jenaka dan pengakhiran sedih. Tak semua berlaku didalam kawalan Klopp. Dia buat keputusan letakkan pasukan kononya terbaik untuk hadap Watford. Tetapi pemain berikan sebaliknya keceuali beberapa kerat yang nampak bersungguh sepanjang perlawanan.
Salah diberikan penampilan sulung dan bagi saya dia bermula dengan gugup tetapi bermain baik sehingga diberi pemain terbaik perlawanan. Cuma Salah terlepas banyak peluang dan boleh sahaja dia hattrik kalau nasib menyebelahi. Firmino dan Mane juga tak keruan awal perlawanann macam Salah, namun mereka juga tak mampu nak gugat Watford kerana corak agresif yang melampau.
Corak Waford sangat takda stim tengok, dok main lambung bola keatas buta tuli. Tapi ikutnya bukan Watford tak mampu main dengan corak lebih cantik, mereka yakin corak cenggitu akan memerangkap Liverpool sebab itu kelemahan musim lepas dan telahan mereka pemain yang sama, bangang pun mesti tak lari.
Benteng Liverpool macam jantan yang mengalami ejakulasi pramatang, 8 minit dah pancut barai. Pertahanan kita masih berpenyakit sawan bila setpis. Watford memang berbahaya bila sepakan sudut dan mereka mengambil peluang bilamana petahanan tidur dan hanya memdang sesama sendiri bila Okaka menjaringkan gol. Watford mengejutkan Liverpool, walaupun memang patut Liverpool bolos.
Kita tengok Mane paling ligat bila menyerang. Gol penyamaan Liverpool hasil gerakan Mane yang membawa bola ketengah melarikan bola dan melakukan hantaran kepada Emre dan Emre mengembalikan bola dengan cedokan kaki belakang dan bola kembali kepada Mane yang melakukan sepakan pancung melewati goli Watford menerjah jaring untuk peminat yang sedih kembali ceria.
Kecerian tadi hanya sementara. Liverpool bukan sahaja panik bertahan tetapi kadagkala nasib buruk menimpa sebab serangan pantas Watford memang berbahaya. Trent nampak tak sengaja melakukan tidakan membayakan pasukan dengan cubaan mengelurakan bola tetapi kantoi, dan bola terbias kembali kepada pemain Watford dengan mudah merembat masuk gol dan tuan rumah kembali dihadapan. Separuh pertama tamat dengan keptusan 2-1 kepada Watford.
Separuh kedua bermula tanpa ada perubahan pemain. Namun kita tahu Klopp dah bambu kaw-kaw pemain masa rehat. Permaian separuh kedua Liverpool nampak kian bertenaga. Hasilnya gerakan Firminio yang bijak meleretkan bola kepada Salah yang memecut pantas, hasilnya goli Watford terpaksa mencangkuk kaki Salah dan tanpa dakwa-dakwi, wasit berikan penalti dan Firmino meledakkan penalti dengan tenang untuk Liverpool bangkit menyamakan kedudukan 2-2.
Dalam dok amrah Lovren cakap dia lembab dan punca gol. Tetiba dengan tak semena-meman Lovren mendapat idea dengan melambung bola tinggi mencari kedudukan Firmino yang tak curi ayam.
Bola sampai elok-elok dihapan Firmino dan dengan cedokan cantik, sasaran tepat kearah Salah dan pemain Mesir itu menjaringakn gol sulung beliau dalam penampilan pertama. Makin yakin kita 3 mata dalam tangan.
Namun semangat juang Watford kena ambil kira. Mereka tak putus asa bila nak serang dalam situasi tertentu. Dah nak jadi cerita, Klopp melakuakn pertukaran taktikal memasukkan kesemua pemain yang patutnya tak perlu masuk yakni, Origi ganti Firmino, Milner ganti Salah. dan Gomez ganti Trent
Tetapi Klopp terpaska buat bergitu kerana lua pasukan kita kena turun pemain utama untuk sesi perlwawanan kelayakan Liga Juara-Juara.
Gol penyamaan Watford diminit tambahan hasil kekasaran Gomez. Gerakan Watford taklah bahaya sangat, tetapi bila penjaga garisan tak berikan keputusan adil dengan sepatutnya gol tak dikira sebab pemain telah offside. Walaupun hanya sekadar seri, tetapi bagi kita rasa macam kalah. 1 mata tak berbaloi sebab sepatutnya pasukan kita boleh sumbat gol tetapi banyak pelauang dieprsia-siakan.
Liverpool wajib beli pemain bek tengah yang prokatif. Tak kisah kalau bukan Van Dijk sekalipun sebab ramai lagi kat luar sana yang berkualiti. Sebabnya terlalu sukar nak latih pemain pertahanan yang flip-flop macam Lovren yang buatkan Okaka nampak kemain hebat. Malah bagi saya Klopp kena tegas kalau tak tak berubah nasib Liverpool nak celen kejuaraan.
new commanding center back please...
ReplyDeleteDH TIBA MASANYA UNTK SANG GRUJIC BERAKSI - MAT TRAVOLTA
ReplyDeleteTiga mata sepatutnya..terburai disondol oleh Si Rusa...salah siapa..rasanya bola di saat akhir permainan..jangan lagi dikawal hornets..begitulah pemain tidak ambil ingatan..padahal di situlah titik paling lemah .Adakah Henderson tidak sedar...?
ReplyDeletesalah nampak gugup ckit. dia cuba utk mnyerlah sbgi pemain baru tapi pluang bnyk dprsiakan. klau slah satu pluang salah dpt gol.. tekaan aq btul tapi liverpool bolos. sungguh x sangka masalah dari musim lalu masih melekat. bila nak trbuang pnyakit setpis ni. utk prmualaan musim ni agak sdih sdkit. tapi chelsea lgi truk rsnya. akhir kata...masih awal nak ungkapkan kputusan atau brita tntng kjuaraan epl.
ReplyDeleteSebab tu musim ni predict top 4 dulu.
ReplyDelete