Agak cuak bila dapat tahu Van Dijk tak dapat main. Mulanya ingat sekadar mainan minda Klopp nak saiko Pep. Tetapi bila kesebelasan diumumkan, Nahhai memang betul. Lagi cuak bila Lovren plak yang ganti. Namun bila ingat balik prestasi Lovren kebelakangan ni, taklah teruk sangat. Lagipun pemain City ketot kemetot, cuma tang kelajuan dan kelicikan agak membahayakan. Di pihak City, Pep mungkin terima berita ketiadaan dengan hati gumbira. Dia dah nampak 3 mata sebelum sepak mula. Dan persiapan mereka mungkin datang dengan santai dengan reputasi sebagai pasukan tak terkalah.
Abam menyaksikan perlawanan dari Astro-Go, bersama rakan baik tetapi seorang fanatik Menyu. Namun tak hairan, kali ni dia nampak sokong Liverpool bersebab. Kalau tak, memang jangan harap nak sokong, lagi kutuk ada bila pasukan kita kena balun. Tengok ramai-ramai memang sempoi, boleh bertukar-tukar pendapat dan paling sempoi kutuk mengutuk. Namun dah sokong Liverpool menang, yang baik-baik sahaja dengar. Malah mamat ni yakin Liverpool menang, walaupun abam sendiri masih 50-50. Bukan apa, kat barisan depan memang tak nafikan sangat meyakinkan tetapi kat belakang kadang-kala sangat jahanam juga bila ada masa tertentu.
Ini bukan kali pertama Liverpool bermain tanpa Coutinwho. Jadi Abam taklah risau sebab Ox dah nampak jadi perancang utama dalam kesebelasan Klopp. Awal musim ramai termasuk abam ada pertikai sebab apa Klopp ambil kain buruk dari Arsenal dengan harga mahal. Padahal sebelum beli, kita saksikan sendiri Ox main agak teruk dan Arsenal kena kitai 4 biji dalam perlawanan terakhir Ox. Bak kata perpatah Inggeris prestasi datang bermusim, kehebatan kekal selamanya. Ox ada kualiti sejak di akademi Sotong. Jadi Klopp nampak penjenamaan semula Ox bakal berikan Liverpool pemain yang hebat.
Ox kalau nak banding dengan PC10, mungkin lain sikit stail mereka. Ox tak punyai kemahiran gelecekan tetapi dari segi hantaran dan sepakan jauh mungkin agak saksama. Lagipun dah nama Ox, dia memang main ala kerbau dan mempunyai fizikal kuat berbanding PC10. Bukan nak puji banyak, tetapi dalam perlawanan dengan City beliau menjadi hero bila menghadiahkan gol pembukaan seawal tak sampai 10 minit. Gerakan dari Firmino yang merampas bola dari tengah , dengan larian pantas, masuk diantara bek City yang mengejar, Ox merembat paduk diluar kotak menewaskan Ederson untuk mendahului 1-0.
Itu mungkin bukan serangan pertama, tetapi Liverpool punyai peluang agak sekata dengan City. Cuma perangkap City nak main dari bawah dan gunakan bahagian sayap, Sane dan Sterling belum membuahkan hasil. Namun nak dekat hujung perlawanan, hantaran jauh Walker mencari Sane dihujung padang. Gomez agak ralit dan dia kena main dengan Sane bukan sekali, tetapi dua kali dan rembatan Sane patutnya dapat diterpis Karius namun apakan daya, mungkin sebab terlalu pantas atau Karius memang bukan solusi sebagai goli utama. City dapat gol penyamaan dan kami yang tengok dah cuak sedikit sebab selalunya City kalau dapat sebiji, berbiji-biji lagi akan hadir.
Macam itulah anggapan tetapi macam biasa, Klopp dalam bilik persalinan mungkin dah bancuh pemain kaw-kaw itu kita tak tahu. Macam separuh pertama, selepas 10 minit juga Liverpool menyerang pantas dengan gerakan kilat dimulai Ox. Dia tunggu Firmino berlari dan bila hampir sebaris Stones, dengan hantaran baik, Firmino dapat mengetis badan Stone dan mencedok bola melepasi jangkauan Ederson untuk gol kedua Liverpool dan ke-10 Firmino dalam liga. Bila imbau bali, jaringan beliau memang sama macam jaringan lejen Fowler masa lawan Menyu 1995 kat Old Krepot.
Salah kali ni bukan tak cemerlang tetapi dia kena rantai dengan Danilo. Namun ada ketika mereka tak wasapada, mereka bakal dihukum Salah. Gerakan licik Salah menjadi duri dalam daging kepada bek City untuk gol ke-3 Liverpool. Beliau memperdayakan Otomendi hingga mamat tu jatuh terduduk dan dengan pemurah menghadiahkan hantaran kepada Mane yang dengan sepenuh tenaga merembat padu diluar jangkaan Ederson. Lagi sekali Salah jadi hero bila cuba nak bantu Mane dengan hantaran jauh, tetapi Ederson tersilap keluarkan bola dan kantoi dengan Salah. Apa lagi hukuman Salah ketas Edersson mengaibkan goli termahal itu untuk gol ke-4 Liverpool. Ada potensi untuk jadi gol terbaik musim ini.
Man City walupun kena ayam 4 biji, namun mereka masih pasukan hebat. Salah satu punca kebangkitan mereka ialah percaturan khilaf Klopp mengeluarkan Emre dan gantikan Milner untuk posisi tengah bertahan. Posisi itu tak ramai boleh main sedangkan Emre yang hebat kat situ pun kadang-kala kelaut, apatah lagi letak Milner yang agak perlahan. Kesialapan berpasukan mengakibatkan Bernado berjaya kurangkan defisit kepada 4-2. Malah gol ke-3 City memang ketahian pemain pertahanan bila sekadar memerhati Gundogan mendada bola dan menjolok masuk gol kedalam gawang. Nasib baik City tak dapat gol penyamaan bila Aguero menaduk sipi dari pintu gol dihujung perlawanan.
Sebab itulah abam harap Klopp tak ambil mudah dengan posisi tengah bertahan. Kalau tak mampu nak bawak Naby Keita awal, beliau kena cari alternatif lain dengan segera, sebab dah tak ada pakar nak main kat posisi itu selain Emre. takkan nak tunggu Emre cedera baru kalut nak cari. Dah dapat duit banyak jual Coutinho melabur separuh beli pemain tengah bertahan sado ala Busquet Barca. takpun ambil Safiq Rahim pemain tengah paling ganas kat Malaysia dan Asia amnya. Apapun Pep puji cakap Klopp memang handal bila main serang balas. Tetapi Jose plak gembira konon kita tolong rapatkan jurang untuk kelompok kedua nak menggapai City.
dengar kabarnya..Emre dan Mo.salah tidak begitu sihat...tetapi terpaksa Klopp turunkan juga kerana terdesak menentang City ..oleh itu mereka dikeluarkan juga pd .hampir tamat permainan.harap mereka dpt.rehat cukup dan kembali bugar menentang Swansea nanti.
ReplyDeleteteam lawan, kalau defender nak tolong attack memang kena lah. separuh masa kedua manc tengah ghairah nak tambah gol, time tu "fab four" mengganas. serangan balas memamg cun. harap klopp dapat menambahbaikan taktik serang team yang susun bas..
ReplyDeletebagi aku gol mane paling best. dah la letak betul2 kat sudut, melencung keluar lak. keeper dapat raba je la bola tu..
game yang memang buat jantung gugur abiss..kalau laa reff add lagi masa atau lebih tepat lagi lambat tiup visel penamat..mmg tak mustahil keputusan bakal berubah..2nd half yaang dirasakan sangat lambat berlalu selepas liverpool menjaringkan empat gol yang mmg awesome..serangan yang perghhh woowww tp pertahanan yang hancur..buat penat buh gol..liverpool ngan kebolosan mana boleh dipisahkan itu laa perlu diperbaiki..3 mata berharga waima hampir buat kita jadi putih mata..luck tuk team liverpool..motm OX..YNWA!!!!!
ReplyDelete~misskoLamhati~
Gol Mo salah rasanya paling lucu dan paling cantik..kerana kesilapan keeper Man.Siti...keluar melulu sepakannya terkena kaki salah dan dirembat kencang tinggi tergapai keeper dan menerjah gol..hanya telah dilakukan oleh seorang lagi lagenda kita ia itu Xavi Alonso..menentang Ipswich..
ReplyDelete