Taktik Burnley memang menyakitkan hati tengok. Diorang gunakan penyerang sado untuk bergusti dengan Lovren dan Klavan. Tapi lega tengok Duo kita tu tak gelabah hadap serangan fizikal dan diudara. Malah taktikal Kloop 4231 sesuai dengan kualiti pemain. Cuma nak harap serangan tak semabeles barisan yang main sebelum ni. Solanke masih belum kuasai seni penyerang tunggal. Tandukan flik dan menyimpan bola tak sekemas Origi dulu.
Apapun fungsi pemain tengah yang proaktif memang kasi Burnley tentangan sengit. Emre, Gini dan Lana tutup ruang dan putuskan bekalan hantaran kepada penyerang kot tengah. Sebab tu Burnley banyak main kot tepi. Itupun sekadar buat hantaran lencong jauh tinggi konon2 pasukan kita masih bengap bertahan bila tinggi. Tetapi itulah kadangkala serangan mereka walapun tersasar boleh kasi cemas dan tegak bulu roma kita. Separuh pertama tamat dengan Burnley dapat apa yang mereka hajati tanpa bolos dari pelawat.
Separuh kedua Liverpool nampak nak cuba buat sesuatu dari serangan. Tetapi cuaca sama macam separuh pertama licin akibat hujan masih turun. Namun Ox muncul hero bila gerakan beliau dari tengah menyusup dari kawasan kita melepasi pemain tengah Burnley dan melorongkan kepada Trent Arnold yang dah bersedia buat larian keatas. Hantaran lintang beliau tak bahaya mulanya tetapi terbias bek lawan dan sampai kepada anak Pak Imam. Mane tanpa prejudis menadah kaki dan dengan pusingan 180 merembat melepasi goli Burnley yang cukup kebal sebelum ni. Liverpool didepan 1-0.
Dalam mendahului, kita masih tak selesa sebab Burnley tak nampak nak mengalah. Mereka pula cuba nak cari gol penyamaan dengan memasukkan penyerang tambahan. Namun apa yang mereka hajati hasil kerja keras menghasilkan kekecewan buat kita. Liverpool bolos bila satu hantaran lencong gagal ditandingi oleh Klavan dan lebih mengecewakan Gomez sekadar jadi pemerhati bola melepasi beliau tanpa apa2 tindakan susulan. Nah padahnya Gudmondsen meluru dan menanduk masuk gol penyamaan Burnkey. Kita tahu sekian lama kita terlepas tetapi hukuman akan sampai jika tak fokus dihujung2 perlawanan.
Dihujung perlawanan camni bila dah nampak peluang makin tipis mood kita pon macam dah redha sekadar seri. Namun apa yang berlaku lain dari kebiasaan. Pemain kita tak putus asa mengasak Burnley. Hasilnya dari sepakan percuma, semua pemain berkumpul dikawsan penalti Burnley. Bola hantaran Lana tak silap mencari Lovren yang menanduk kearah penjuru pintu gol menewaskan bek dan goli lawan, namun Klavan mengesahkan jaringan bagi pastikan pemain lawan tak dapat menyelamatkan situasi. Liverpool berjaya pulang dengan 3 mata dan berada dalam kelompok terbaik walaupun masih belum selesa lagi ditangga ke-4.
Pembetulan bos. Bukan lana tapi OX. Ox terbaik mlm td. 2 gol dr gerakan beliau. Tak sabar nk tgk van djik main lawan everton. N salah kembali. YNWA..
ReplyDeleteEpool@kluangman
kemenangan ni lebih manis dari belasah swansea 5-0.. semangat macam ni bawa ke hujung musim, boleh juara ni.. manc mesti penatnya lah..
ReplyDeleteMana tahu sesuatu pasukan itu tlh.menang?Jangan berhenti main..sehingga wisel penamat ditiupkan. Itulah yg.Liv.sepatutnya lakukan pada lain kali...walaupun leading 4-0.YNWA.
ReplyDeleteAda beberapa pasukan yg.suka bawa badi buat pasukan kita pada zaman King kenny,dan penggantinya..seperti Coventry,Sheffield Wednesday dan Wimbledon...malah Wimbledon pernah menang piala FA ketika zaman john aldridge main lwn Liv.Semua pasukan itu..spt Nott.Forest,Norwich,dan Leeds..tlh membawa diri dlm liga kejuaraan..atau Division 2 pd.zaman tu.
ReplyDeletetudia Otai buka cerita zaman dulu2..
DeleteTumpang lalu tok...anak cucu tumpang belajar.
Delete