Abam tak menyangka sebegitu cepat penampilan sulung Van Dijk. Kita sangka dia tak cergas dan mental koyak kat Soton. Dan perlukan masa untuk kembalikan mojo yang ditunjukkan bermusim lepas. Nah, meleset sungguh analisa kita kan. Rupanya belakang tabir, mungkin Klopp dan pengurusan dua pihak, Liverpool dan Soton dah beragenda sejak kontroversi awal musim. 75 juta mungkin bukan harga sebenar, tetapi seakan pampasan untuk situasi menag-menang kedua-dua pihak.
Liverpool turun tanpa kelibat pemain terbaik Afrika, Mat Salah serta bakal pemain Barcelona kerana sakit bontot. Itu tak jadi hal kerana Klopp dah bersedia siang malam buat penggiliran untuk hadapi detik dan ketika macam ni. Sebab itu sesiapa yang kecam Klopp dok buat penggiliran mesti sekarang tahu keterpaksaan beliau. Mungkin ianya tak se-gah kesebelasan terbaik, bagi abam yang penting permainan tak teruk dengan skuad campuran.
Lawan Everton mungkin agak sukar, lagi sukar dengan Sam Allardyce. Sebab itu Klopp terpaksa ejas taktikal dengan letakkan Mane dan Ox sebagai penyerang tambahan bukan disayap sangat. Lagipun dengan taktikal agak bertahan, memang nak serang dari sayap opsyen terbaik, namun bek kiri dan kanan sudah cukup untuk buat serangan kat situ. Lallana lebih banyak kat atas dari trio tengah Milner dan Emre. Jadi dah nak macam 3 pertahan, bila Emre main libero, biar Van Dijk kekiri dan Matip kekanan pertahanan.
Permainan agak nampak teruk sebab corak Everton nampak main separuh padang pada mulanya. Liverpool pun nampak koyak dan berterabur, namun masih kuasai permainan dan adalah buat percubaan sikit-sikit. Everton nampak menyerang sebab Bolasie main. Kalau tak mungkin lagi teruk permainan diorang dan lagi padat susunan bas mereka. Insiden awal Rooney Shrek tibai kaki Gomez mungkin lebih rancak jika pengadil kasi kad merah, namun pengadil botak tu memang tahu perlawanan kejiranan kena ada nakal-nakal skit.
Lallana kembali kedalam skuad dengan permainan cantik, walaupun masih kena buat karat lagi. Dia bukan sahaja jadi nadi untuk tekan Evetton dari atas. Kreativiti beliau membuatkan Liverpool berjaya menjinakkan pertahanan Everton yang terlalu kental sekian lama. Gerakan Lana setelah terima hantaran memang ohsem. Dia mengawal bola dengan kemahiran ala pemain Brazil, membuat pusingan badan sambil bola masih dikaki. Tetapi bek Everton telah menarik Lana dan pengadil tanpa segan-silu mengahdiahkan penalti dan disudahkan oleh Raja Penalti, Kapten Milner untuk Liverpool mendahului 1-0.
Insiden penalti itu pun ada puak cakap kontroversi. Itu biarlah, sebab kita tahu Lana ada peluang cerah merembat gol sebab itu bek Everton dah kantoi dan terpaksa buat juga dari nak biar Lana berdepan dengan goli sahaja. Tetapi yang lebih kontroversi ialah bek yang sama, nama macam ubat gigi, Colgate telah melakukan kekasaran yang patutnya dapat kad. Paling lekeh kad kuning. Dia menolak Firmino degan sengaja hingga terbabas kearah penonton. Apa yang dapat takda apa-apa, malah dengar kata Firmino plak nak kena dakwa sebab makian perkauman.
Separuh kedua bermula nak lebih sama dengan separuh pertama. Bahagian pertahanan memang stabil sebab penyerang solo Everton macam tak tahu wujud ke tidak. Cuma dari segi kualiti serangan, kita punyai peluang lebih gempak. Gomez patut bola tanduk buat gol. Lana dapat peluang dari larian solo tetapi kantoi depan berdepan dengan goli. Roberton rembat ditepis oleh goli. serta Van Dijk tanduk tepat ke goli. Ceritanya goli Everton memang baguih dok ada berbanding goli kita yang memang tak berapa boleh harap.
Liverpool kalau tak bolos memang tak sah. Mungkin sebab taktikal kita sama. Liverpool dapat sepakan penjuru tetapi kantoi bila Everton dapat menyerang balas. Hanya Milner kat bawah mengejar Lookman Tetapi insiden awal Bolasie tepis muka Matip patut kesalahan tetapi pengadil tak nampak. Namun apakan daya pemain dah turun bawah, namun Jagielka melepaskan bola kepada pemain termahal Everton, dan Sigurdson melepaskan sepakan leret dan mengelirukan Karius yang terpinga-pinga sekadar berdiri dan sekadar memerhati bola masuk kegawang dan pelawat berpesta macam bagai nak rak, macam dapat 3-4 biji padahal sekadar seri 1-1.
Liverpool sekarang bukan mental koyak seperti awal musim. Takkan tak perasan beberapa perlawanan lepas. Kita selalu dapat jaringan lewat perlawanan. Burnley sama. Leicester pun sama. Jadi siarang ulangan dengan Everton dilakukan hasil sepakan penjuru, dijaringkan oleh bek termahal dunia dalam penampilan sulung, dengan tandukan padu. Liverpool menjaringkan gol kemenangan dan yang paling mahal ialah kita berjaya ubah nasib kena gol lewat sebab berjaya kekalkan momentum dengan menyerang bertubi-tubi dan tak kasi lawan nak bangkit kembali.
ussss....son of bitch usah sebut...amat tidak baik...
ReplyDeleteberita yg.paling kita tak gemar mendengarnya...the little magician sah ke barca...tetapi jaga risau...encik.kulopp telah membeli Riyad Mahrez.....YNWA.
Kita akan jumpe Menciteh..14.1.18.harap dapat balas dendam kekalahan lepas dan mengoyakkan rekod kebal mereka.