Setakat ini Sebastian Coates sudah secara rasmi jadi pemain Liverpool, walaupun sudah beberapa hari menumpang di rumah Suarez. Pembelian beliau adalah pelengkap kepada keperluan pasukan yang juga memerlukan saingan di bek tengah setelah Wak Soto dijual kepada Wolfburg. Jadi sekarang ini pasukan kita tiada perlu gusar untuk menghadapi Liga musim ini dengan 4 pertahanan utama iaitu Carragher, Agger, Skrtel dan Coates.
Namun begitu lelongan keluar pemain mungkin bakal menjadi buah mulut apabila dua orang pemain tak boleh belah kita, Joe Cole dan Christian Poulsen bagi menyeberang selat Inggeris untuk mempertaruhkan nasib di bumi Napoleon yakni Perancis. Joe Cole bakal dipinjamkan kepada juara Liga 1 musim lalu, Lille OSC dan dapat juga merasa Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Manakal Poulsen bakal dipinang Evian yang baru dipromosi naik ke Liga 1 musim ini.
Diharap perpindahan kedua pemain yang tak ada dalam perancangan masa depan Kenny Dalglish itu tidak ada sebarang masalah hendaknya. Walaupun Liverpool memerlukan skuad yang besar untuk menguatkan pasukan, namun khidmat Cole dan Poulsen tidak diperlukan lagi kerana kemasukan Henderson dan Adam jelas memberikan isyarat jelas tentang masa depan mereka. Namun banyak lagi yang bakal terjadi seperti Ngog ke Bolton serta Degen ke QPR serta sasaran pemian luar seperti Seamus Coleman dari Everton.
Selamat Hari Raya dan Hari Kemerdekaan yang ke-54. YNWA
No comments:
Post a Comment