
Akhirnya debaran dan kejutan telah berakhir. Yang paling akhir masuk bukannya Cole, Gomez, Zamora atau mana-mana penyerang, tetapi bek kiri dari Fulham, Paul Kochensky yang kita tahu lama dah akan masuk. Menurut laporan memang ada usaha nak bawa masuk penyerang tetapi telah ditolak oleh kelab masing-masing. Yang paling terakhir adalah usaha membida Carlton Cole dengan menawarkan Babel namun tidak juga berjaya sehingga waktu terakhir 6 petang waktu England tamat.
Konchesky masuk dengan menawarkan 2 orang pemain muda yang berbakat iaitu Dalla Valle dan Kacaniklic kepada Fulham. Apakan daya, kita terpaksa lepaskan mereka kerana itulah modal yang kita ada dan nasib baik Fulham tak banyak songeh untuk lepaskan Kochensky. Jadi pemergian Insua secara pinjaman ke Galastasaray telah lengkap dan kita tak perlu risau dengan posisi bek kiri kerana saya yakin Kochensky, Aurelio, Agger, Kelly dan Mavinga boleh mengisi slot itu dengan sebaiknya.
Selain Insua, dua lagi pemain simpanan iaitu Plessis dan Nabil telah pergi meninggalakan kita. Mereka menyertai kelab dari Liga Greece iaitu Plessis ke PAOK dan Nabil ke Panathiakos. Saya tak pasti apakah mereka pergi secara pinjam lepas tu beli atau dibeli secara langsung sebab banyak fakta yang bercampur-campur. Namun itulah jalan terbaik bagi kita dan mereka kerana pemain datang dan pergi, cuma yang terbaik antara mereka akan kekal seperti Pacheco, Spearing, Darby, Kelly dan ramai lagi yang bakal kita lihat akan diberi peluang dan dibawa masuk perlahan-lahan samada untuk ganti pemain utama yang cedera, atau pilihan untuk beraksi dalam Piala Liga.
Kemasukan Miereles, umpama kejutan. Tak siapa tahu apa yang berlaku belakang tabir. Dalam wartawan sibuk tulis macam-macam pasal Mascherano, rupanya mereka tidak terhidu akan pemergian Puslow ke Portugal untuk berbincang sekaligus menyelesaikan perpindahan pemain antarabangsa Portugal itu. Memang saya sendiri macam terkejut tetapi gembira dengan tindakan licik ini. Rupanya cerita pasal Van Der Vaat, Dua Diarra, Gago, Banega, Medel dan ramai lagi adalah taktik untuk elakkan dari sasaran kita dari dihidu kelab lain. Ejen Raul juga amat begitu baik kerana tidak pecah lubang kepada media, kalau tidak mesti Man U yang dok taram Raul dah lama dah akan buat dajal dengan buat bidaan sama.
Nasib Lucas cukup baik. Dia nyaris dijual kepada Stoke, kalau tidak dia akan belajar main rugbi dengan Tony Pulis. Saya yakin ramai yang mahukan perpindahan ini terjadi tetapi masalahnya kalau Lucas keluar kita akan menghadapi kekurangan pemain senior yang berpengalaman, kerana kemasukan Poulsen dan Miereles adalah semestinya untuk ganti Aquilani dan Mascherano. Saya tak kata Lucas bagus tetapi saya belum yakin pemain muda seperti Spearing dan Shevley dapat menghadapi lawan dengan mental dan fizikal yang kuat. Hodgson takkan cakap terus-terang yang Lucas tiada masa depan, namun dia perlu masa yang sesuai serta pembeli yang mahu berikan kembali modal, kalau boleh sedikit untung sebab Lucas mungkin ada kemungkinan bagus kalau main di Liga lain.
Oleh kerana Babel kekal dan tiada penyerang baru masuk dan hanya Ngog sebagai wakil tunggal sebagai gantian Torres. Maka Babel kena diletakkan sebagai penyerang bukan lagi sebagai pemain sayap. Hodgson kena ikhtiar apa jua cara samada bagi mandi bunga, minum air stokin Torres atau tutup akaun Twitter beliau, asalkan Babel kembali menjadi seperti yang kita lihat di Ajax dulu. Dia punya kebolehan mampu menjadi seperti Henry, tapi kematangan belum nampak. Itulah masalah yang membelenggu Rafa sebelum ini, dan Hodgson pula terpaksa cari jalan untuk selesaikan misteri itu.
Jadi saya tidak menyalahkan Hodgson kerana apa yang beliau janjikan tidak tercapai sehingga perpindahan tamat. Namun kita telah berjaya menguatkan bahagian bek kiri pun dah kira bagus dah dengan situasi kewangan yang sempit ini. Malah pemergian Mascherano tidak dkhuatiri lagi. Walaupun tiada penyerang masuk mungkin ada peluang pemain muda selain Ngog, akan naik tiba-tiba, sapa tahu mungkin Amoo, mungkin Ince atau mungkin juga ada Michael Owen baru akan keluar. Jadi saya tidak mengharapkan kita untuk menyaingi Chelsea atau Man U, tetapi sekadar kelayakan untuk Liga Juara-Juara mungkin lebih sesuai. Kita pasti gembira kerana Spurs dan Man City serta Villa, masih terkial-kial mencari rentak. Oleh itu saya nampak dengan pemain sedia-ada kena berusaha 200 % untuk kembali bangkit dari kejatuhan musim lalu. Saya harap Revolusi Roy akan diingati sebagai yang berjaya walaupun nampak sukar terpaksa mengharungi onak duri yang pelbagai musim ini.
Harap2 lepas nie pak cik Roy main 4-4-2. Torres n Babel kat depan.
ReplyDeleteTapi sblm tu kene la kuatkan bhgn tengah, cari apa masalahnya.
& Nak tengok Liverpool dapat jaring goal x kira la kat Anfield ke, kt away ker, dapat jaring LEBIH daripada 2 goal..
Kalau dapat buat, barulah pasukan kita layak cabar top 4 season lepas..
Uncle Roy memberikan keterujaan pada peminat utk musim baru ni...YNWA
ReplyDelete