Siapa yang boleh sangkal anugerah ini diberikan kepada Lucas Leiva. Sila kemuka dalil yang kukuh. Pemain ini bagus tapi cuma dua orang pengurus sebelum ini tak pernah nak korek dan latih pemain berwawasan ini. Kritikan demi kritikan memang dah jadi kudis buat Lucas. Graf persembahan beliau mengunjurkan kenaikan drastik macam harga barang kat Malaysia. Walaupun pasukan kita tewas atau seri namun Lucas tetap mantap.
Cuma terkadang tu jika pasangan beliau di tengah tak menjadi, maka Lucas pun jadi susah nak bermain baik macam dua perlawanan sebelum ini. Jadi antara faktor penyumbang kejayaan Lucas ialah persefahaman dengan pemain tengah lain contohnya Gerrard, Spearing dan Meireles. Serangan dan bertahan bergilir-gilir serta selalu berkomunikasi adalah bagaimana Lucas berjaya menaikkan persembahan beliau.
Musim depan saya anggap Lucas akan jadi hero utama dalam pasukan kita. Memang betul Kapten Gerrard akan kembali, namun dari segi menyerang saya memang nampak beliau selaku pemain kreatif. Tapi apabila bertahan, Gerrard terkadang dah jadi liabiliti mungkin kerana terlalu keatas menyerang dan mengakibatkan rakan ditengah terkontang-kanting keseorangan menghadapi serangan lawan.
Namun jika kedatangan Scott Parker atau Charlie Adam seperti yang diwar-warkan oleh media itu menjadi, rasanya kedudukan Lucas tetap tak tercabar. Silap-silap Gerrard akan main lebih keatas bergandingan dengan Suarez dan Kuyt. Lucas akan lebih mantap jika pemain tengah yang berpengalaman dan konsisten bermain bersama beliau dan membantu menambahbaikkan apa yang kurang pada diri beliau iaitu jaringan gol.
Tahniah sekali lagi buat pemain yang saya layak gelar "Dunga baru" Brazil.
pada pemerhatian saya, lucas mempamerkan corak persembahan yang sederhana. sumbangan beliau di hadapan penyerang agak kurang berbanding tengah. penampilan beliau sepanjang perlawanan hanya untuk cukupkan kesebelasan utama sahaja. mungkin sejak pemergian alonso ke real madrid menyebabkan beliau bnyak diberi peluang mengemudi barisan tengah utk digandingkan dengan gerrard. memang tak dinafikan pengalaman beliau di anfield mmg banyak sejak era benitez. tapi kalau bab bertahan mmg beliau bokeh diharapkan. lagi satu kekurangan beliau yang paling ketara ialah control ball yang agak lemah. pada pendapat saya pemain terbaik tahunan ialah dirk kuyt. semangat dan keazaman yang tinggi serta kerap menjaringkan gol penting ibarat seorang pejuang dan seorang pemain yang rajin. itu hanya pendapat saya . hehehe..!!
ReplyDelete