Phil Thompson: Lucas, kerana konsisten. Dulu saya pernah kutuk dia, tapi lupakanlah cerita tu. Dia memang mantop dan selalu berikan markah 7 atau 8 per 10 setiap perlawanan. Pilihan lain Kuyt dan Suarez.
Jan Molby: Saya kalau boleh nak pilih ramai, boleh tak? Mula-mula nak kasi kat Martin Kelly, tapi tup-tup dia cedera pula. Namun setelah kedatangan penjaga gol Uruguay, eh penyerang, yakni Luis Suarez saya suka lihat dia. Tapi saya juga suka Kuyt, Lucas dan Miereles. Namun setelah tengok balik youtube, saya yakin pilihan terbaik saya ialah Dirk Kuyt. Dia sangat rajin dan paling konsisten buat gol.
David Fairclough: Saya macam Phil juga pilih Lucas. Semenjak Alonso, Mascherano pergi Lucas telah main peranan penting untuk mengawal kawasan tengah. Dulu dia memang tak bagus, tapi sekarang ni dia meletop. Kalau dia diberi kepercayaan untuk naik menyerang saya yakin orang akan lihat Lucas macam lihat Souness main.
Alan Kennedy: Pernah tengok saya main masa kita klaseman dulu, tak pernah tengok? Kalau tak pernah cara Suarez main memang iras-iras saya main tapi saya hebat kerana menang macam-macam dah tapi dia belum lagi. Sipa sangka yang Suarez boleh sesuaikan diri dengan EPL. Masuk-masuk saja dah bubuh gol. Saya afundi Suarez untuk pemain terbaik. Kuyt pula nombor dua sebab dia main kat mana pun tetap rajin dan boleh buat gol lagi.
Phil Neal: Saya pilih Kuyt. Kita perlukan mat giat dari pada pemain bintang. Bila disuruh main kanan, kiri dan tengah saya tengok serupa saja main tak pernah mengecewakan. Dia memang serasi dengan Suarez. Paling saya suka ialah bila Kuyt bubuh hatrik keatas Man U. Kredit penuh untuk Kuyt sebab bila diperlukan dia dia bagi sepenuhnya.
Ronnie Whelan: Raul Meireles. Sebab dia dapat sesuaikan diri dengan cepat dalam EPL. Walaupun diletakkan dimana-mana posisi, dia tak pernah merungut dan berikan terbaik dan mengikut arahan pengurus sebaiknya. Semenjak Dalglish datang, dia lagi menyerlah dan paling saya suka gol ketika lawan Chelsea.
Gary Gillespie: Dirk Kuytlah siapa lagi pemain yang konsisten walau pengurus bertukar ganti. Dia telah jaringkan gol penting dan paling penting hatrik lawan Man U. Dikala pemain lain main cam musibat dia tak henti-henti berusaha gigih dan kita memang boleh harap pemain seperti dia.
Tommy Smith: Saya tak namapak orang lain dah. Jamie Carragher dah jadi pemain kedua paling otai dibelakang rakan saya Ian Callaghan. Nasib tak baik dia cedera semasa lawan Spurs sebelum ini, tapi berusaha cepat sembuh dan lepas saja baik main kemain hebat. Dia banyak membantu pemain muda seperti Flanagan dan Robinson untuk sesuaikan diri. Walaupun adakalanya main cam hampeh namun dia sepat-cepat perbaiki kelemahan itu. Saya amat respek pemain ini.
Ian Callaghan: Betul cakap Tommy, saya pun suka Carragher jadi pemain terbaik. Dia bermain konsisten dan tengok rekod 667 perlawanan, hebat. Dia no.2 paling otai dibelakang saya dan saya tak pasti orang lain selain Carra dapat potong rekod yang saya simpan selama ini. Selepas Carra, Kuyt juga calon pilihan saya.
Jason McAteer: Saya pilih Encik Konsisten, Jamie Carragher. Kita mungkin meragui kebolehan beliau sebab umur dan lanjut tapi tetap jadi pilihan kerana dia paling terbaik. Walaupun perbah cedera tapi lepas baik dia main macam tak ada apa-apa sebelum ini. Lagi satu masa Carragher cedera barisan pertahanan kita nampak agak goyah. Kebolehan yang tak boleh disangkal dari pemangku kapten kita ialah dia pandai mengatur organisai pertahanan semasa pemain muda sperti Flanagan dan Robinson main.
sumber: http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/legends-choose-our-star-of-10-11
tahun nih aku rasa Pepe,Lucas n Dirkk terbaekk...
ReplyDeleteLucas kalo ada energi & work rate mcm Kuyt, midfield Liverpool mmng jd lebih mantop...
ReplyDelete