Tanyalah semua peminat, mereka semua pasti calonkan perlawanan ini sebagai perlawanan terbaik. Sudahlah main dengan musuh tradisi, lagi menarik dan tak mungkin dilupa ialah pasukan kita terlalu hebat unuk disekat oleh Man U. Apa saja yang dilakukan serba menjadi. Termasuklah pengadil tak jadi nak layangkan kad merah kepada Carragher kerana menerjah lutut Nani sampai berlubang. Kuyt menjaringkan hatrik pada malam itu. Tapi Suarez adalah segalanya dalam memporak perandakan benteng Man U.
Fulham 2 – Liverpool 5
Ini adalah contoh permainan menyerang yang menarik ditonjolkan oleh pasukan kita setelah sekian lama dengan lawan yang agak kuat. Segalanya memang menjadi sejak sepak mula lagi. Maxi menjaringkan hatrik keduanya dan menambah perit fulham dengan jaringan kuyt dan Suarez. Perlawanan ini juga meletakkan pasukan kita buat sementara waktu memotong Spurs untuk berada pada tangga ke-5.
Chelsea 0 – Liverpool 1
Nak menang di Stamford Bridge memang susah tapi musim ini stadium itu dah tak keramat lagi untuk mereka bila lawan kita. Mesti tak lupa penampilan sulung pembelot Torres untuk Chelski. Dia terpaksa makan siku Agger dan terpaksa melupakan perlawanan ini kerana hanya berjaya melakukan 2 percubaan. Tapi lebih tak disangka Dalglsih tak turunkan Suarez, namun pasukan kita tetap menang dengan gol cantik Meireles.
Arsenal 1 – Liverpool 1
Drama hingga saat akhir. Saya rasa peminat Arsenak sangka mereka dah menang dengan penalti Van persie pada waktu kecederaan. Tapi Eboue memang terbaik buat kita apabila menjatuhkan pemain terbaik kita, Lucas dalam kotak penalti tak samapi beberapa saat lagi wisel penamat nak ditiup. Kuyt membuatkan pemiant Arsenal hampa di Emirate. Tapi saat terbaik ialah Dalglish bagi ayat power kat Wenger yang mejadi kontroversi.
Liverpool 5 – Birmingham 0
Nak meng"Ayam"kan pasukan lain dengan 5 gol tanpa balas memang mustahil kalau tengok rekod buruk kita sebelum ini. Tapi itulah hakikatnya yang kita semua tengok sambil ternganga bagaimana pasukan kita main macam Barcelona. Maxi telah menjaringkan hatrik pertama beliau musim ini. Tapi memang rezeki pemain yang tak boleh belah musim ini, Joe Cole pun dapat nama dengan menjaringkan gol untuk perlawanan itu.
semua game ni gua tak miss. hehe
ReplyDeletepaling bes Suarez buatkan pemain mahal dan unggul MANCHESTER UNITED menari macam babun kt tengah padang..
ReplyDeleteMUAhahahaha....
Semua game ni, REDS performed under King Kenny!Game paling best, of courselah lawan si M.U tu (musuh tradisi).Tapi, for me game yg tunjukkan REDS tak GIVE UP easily, tang lawan Arsenal, sape sangka REDS mampu seri di detik2 yg boleh dikatakan getir tu (org kata mase tu REDS dah kalahlah..tup..kita dpt seri!WOW!)....Semangat yg sama mase game di Istanbul, YNWA!
ReplyDelete