May 31, 2010

GERRARD DAH 30



Tak sangka Kapten Gerrard dah menjangkau 30. Ini satu petanda yang beliau sudah mencapai tahap kematangan dalam hidup dan karier beliau. Kudrat beliau mungkin tidak sama ketika awal 20an dulu, namun sentuhan beliau masih berbisa. Diharap beliau bergembira dan setia di Anfield dan mungkin tetap menyambut hari lahir yang seterusnya sebagai pemain Liverpool tak kira apa jua berlaku.

SELAMAT HARI LAHIR KAPTEN GERRARD

May 30, 2010

BAJET CIPUT




Saya amat hairan bin ajaib. Sebelum ini Pengurusan telah menjamin yang Rafa akan mendapat dana setimpal untuk saingan musim depan. Dan mereka menjamin tiada bintang akan dijual. Rupa-rupanya Rafa telah dikelepet sebegitu rupa dengan hanya bakal diberikan 5juta pound sebagai modal. Selebihnya pandai-pandailah Rafa mengorbankan pemain mana yang beliau rasa tak diperlukan.

Rasanya memang ramai akan menjadi korban kali ini. Cuma tidak pasti siapa yang akan kena dulu. Torres dan Gerrard adalah yang paling bernilai, namun jika Rafa tidak menjual mereka rasanya Mascherano adalah calon sesuai untuk dikorbankan dulu. Salah satu alasan ialah beliau masih ada Lucas. Selain itu Babel dann Riera adalah dalam senarai untuk di lelong namun mereka mungkin digunakan untuk umpan mendapatkan Turan atau Simao rasanya.

Walaupun begitu opsyen lain ialah mendapatkan pemain yang telah kehabisan kontrak untuk mengisi slot-slot kritikal seperti penyerang, sayap kiri dan bek kiri yang merupakan posisi bermasalah sebelum ini. Nama-nama seperti Joe Cole (Chelsea),Adriano (Flamenco),Marcos Senna (Villareal), Hamit Altintop (Bayern Munich) adalah antara pemain yang akan dilepaskan oleh kelab masing-masing muism depan. Jadi boleh ambil mereka ini untuk perkuatkan pasukan.

Rasanya dengan peruntukan sebegitu peminat pasti akan melihat pasukan kita tidak akan meningkat, malah mungkin akan jauh ditinggalkan oleh Man City atau Spurs. Dan tinggallah kita bersaingan dengan Villa, Everton atapun Birmingham untuk Piala Europa sekali lagi. Sedangkan pasukan seperti Chelsea, Man U dan Arsenal akan mendapatkan pemain yang sepatutnya menyarung jersi berlogo Standard Charted.

Mungkin pemain-pemain muda seperti Separing, Ayala,Darby, Shevley, Pacheco terpaksa diketengahkan untuk menampung kesebelasan utama jika sesuatu berlaku kepada pemain utama. Saya bukan sangsi dengan keupayaan budak-budak ini. Tetapi ini merupakan suatu risiko yang boleh mengakibatkan keciciran mata. Tetapi itu semua bergantung kepada kebijaksanaan Rafa untuk mengharungi musim 2010/11 yang pasti mencabar.

May 29, 2010

MASIH KABUR




“Saya hanya memikirkan masa depan selepas Piala Dunia 2010nanti” .
Ungkapan diatas dipetik dari mulut Gerrard sendiri. Cuma dengan sepatah ungkapan pelbagai spekulasi telah diambil oleh tabloid sukan untuk menampakkan sensasi dan menjual berita dengan pelbagai andaian. Malah adakalanya andaian itu diambil bulat-bulat oleh peminat Liverpool.

Ada pendapat bahawa Stevie G sedang menunggu apa yang akan berlaku kepada Rafa. Samada Rafa akan kekal atau menerima tawaran lain. Jika Rafa kekal mungkin Gerrard akan angkat kaki dan sebaliknya jika Rafa yang belah. Ini dikatakan kerana Gerrard sudah muak dengan falsafah bolasepak Rafalution yang tidak kemana.

Pandangankedua ialah Gerrard sendiri tidak peduli jika Rafa masih kekal atau tidak tetapi berharap kelab elit Eropah contohnya Inter atau Real Madrid datang melamar beliau. Ini kerana beliau tidak mahu berada dalam kapal bersama nakhoda Rafa dan kru lain yang mungkin karam di pelabuhan Merseyside akibat dirampok Lanun Amerika.

Dan ketiganya Gerrad mungkin ingin bermain sandiwara untuk meresahkan pengurusan bahawa jika tiada pelaburan untuk mendapatkan bintang baru. Bintang yang dapat bersama-sama melonjakkan kembali Liverpool, beliau akan angkat kaki dan mungkin ramai lagi pemain lain. Dalam keadaan ini mungkin beliau simpati dengan Rafa amat berharap pengurusan Yankee akan meluluskan bajet besar.

Kekaburan itu masih belum pasti dicerahkan sehingga berakhirnya Piala Dunia nanti. Walaupun ada jaminan untuk beliau kekal sebelum ini tetapi jika tiada faktor yang boleh merasuah beliau untuk kekal di Anfield, kita boleh bersiap sedia mencari Ikon baru di Anfield. Jangan risau Liverpool masih menjadi idaman pemain bintang lain kerana pasukan kita ibarat gergasi yang cedera. Jika pulih nanti seluruh Eropah bakal ditakluki kembali.

May 28, 2010

SASARAN RAFALUTION 2010 : SIMAO SABROSA



Tak perlu diperkenalkan lagi sasaran Rafa kali ini. Dah berkali-kali cubaan mendaptakan pemain sayap Atletico ini sejak di Benfica lagi. Namun ianya tak berjaya disebabkan terlampau berkira bekas CEO dulu, Rick Parry ketika perbincangan dilakukan. Kalau diikut kualiti dengan harga yang diminta rasanya agak berbaloi 15juta pound. Akhirnya kita terpaksa membeli pemain yang lebih murah iaitu Jermaint Pennant.

Lupakan cerita lama. Kesediaan Rafa untuk mendapatkan Simao mungkin ada kaitan dengan ura-ura Benayoun untuk meminta talak dengan beliau. Chelsea dikatakan sangat berusaha mendapatkan pemain antarabangsa Israel ini. Malah Benayoun juga dirisik oleh kelab lamanya iaitu West Ham yang telah diurusi pengurus sebangsanya iaitu Avramt Grant.

Berbalik kepada Simao. Sesetengah orang melihat gaya permainan beliau iras-iras Luis Garcia. Tetapi bagi saya beliau lebih baik kerana jarang terkantoi bola tidak seperti Garcia. Malah pertahanan kita terkial-kial ketika menghadapi Simao yang penuh tipu daya. Walaupun begitu beliau bukannya kaki penerjun seperti rakan senegara iaitu Cristiano Ronaldo.

Jangan risau tentang belanja hantaran. Pasti Riera akan diletakkan dalam pakej perpindahan. Itupun kalau mereka terima cadangan itu. Kalau tidak kena cari lebih kurang 9juta pound barulah mungkin bidaan diterima.

May 25, 2010

GOL SULUNG GLEN



Tahniah Glen Johnson keran dinobatkan pemain terbaik perlawanan persahabatan melawan Mexico. Gol sulung beliau untuk England amat serupa dengan gol beliau dengan Liverpool musim ini. Potong dua tiga pemain lawan dan rembat dengan kaki kiri. Dua gol awal dijaringkan oleh Ledley King dan Peter Galah Crouch. Hanya Gerrard dan Glen bermain sepenuh masa dan Carragher diberikan peluang masuk separuh kedua menggantikan Ferdinand.

Manakala dalam satu lagi perlawanan persahabatan Maxi Rodriguez telah menjaringkan 2 gol awal ketika Argentina dengan selamba melaukkan Canada 5-0. Selain Maxi, Mascherano yang menjadi kapten Argentina hanya sekadar bermain separuh masa pertama. Tak sia-sia kita ambil Maxi. Dia mungkin menjadi ayam tambatan kita buat musim depan dan menamatkan tugasan Kuyt diposisi sayap kanan.

MAHU KASI PANIK



LONDON - Perpindahan Jose Mourinho ke Real Madrid telah mencetuskan situasi panik kepada kelab handalan Liga Perdana England. Selain pemain Chelsea, Didier Drogba, Frank Lampard dan Ashley Cole, Mourinho dilaporkan turut memburu pemain bintang Liverpool, Steven Gerrard dan Fernando Torres.

Mourinho yang membawa Inter Milan memenangi gelaran Liga Juara-Juara pada Sabtu lalu, akan diberi dana 100 juta euro (RM481.4 juta) bagi mengubah Real menjadi juara Eropah. Beliau akan menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab gergasi Sepa- nyol itu dengan pendapatan 8 juta euro (RM38.5 juta) setahun termasuk bonus sekiranya menghadiahkan Real gelaran Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

Bekas pengurus Chelsea itu juga mempunyai hubungan rapat dengan Michael Essien dan penjaga gol, Petr Cech sebelum meninggalkan kelab itu pada 2007.
Mourinho pernah dua kali cuba mendapatkan kapten The Reds, Gerrard ketika bersama Chelsea dan juga berminat membawa semula Torres ke Sepanyol.

Mourinho turut mengagumi kualiti yang dimiliki penyerang Manchester United, Wayne Rooney manakala kapten Arsenal, Robin van Persie dan penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor turut berpotensi sebagai pemain buruannya. Diego Milito, wira Inter yang menjaringkan dua gol pada final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, mungkin mengikut jejak langkah Mourinho ke Real bersama perancang, Wesley Sneijder dan penjaga gol, Julio Cesar. - Agensi

May 24, 2010

SASARAN RAFALUTION 2010 : JAMES MILNER

Martin O'Neil telah mengejutkan semua dengan meletakkan nilai tidak kurang 40juta pound untuk bintang masa depan England, James Milner. Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah Milner sendiri telah menetapkan bahawa kelab seterusnya bagi beliau ialah bukan Chelsea, Man U, Man City mahupun Johor FC, tetapi pasukan Merseyside Merah ataupun Liverpool lah siapa lagi.

Naik seronok dan kembang hidung baca kenyataan itu. Tetapi beliau menegaskan ianya akan berlaku jika hanya O'Neill jadi pengurus di Anfield. Dan satu lagi ialah kenyataan itu tertulis yang dia memberitahu kawan beliau hal ini. Jadi persoalan disini siapakah kawan beliau yang pecah lobang itu. Adakah kawan beliau di Villa atau kawan yang main dengan skuad England tetapi bermain di Anfield.

Saya ada teori mengarut yang ada kena mengena dengan Rafa dan Gerrard. Berkemungkinan besar O'Neill dan Milner masuk ke Anfield dan Rafa ke Inter atau Gerrard ke Real madrid. Sebabnya Mourinho pasti ke Real dan Inter menanti pengurus berkaliber untuk menggantikan beliau. Manakala Gerrard telah memberitahu Milner, yang Milner boleh ambil jersi no 8 apabila Piala Dunia tamat kelak.

Persetan teori itu, kalau boleh saya nak Gerrard dan Milner dalam satu pasukan. Jual saja Macherano dan Lucas kepada sesiapa saja untuk membiayai kos untuk membawa Milner ke Anfield. Ini kerana kita sudah terlepas peluang ini semasa Milner di Newcastle lagi. Dan jangan biarkan pemain yang sebegini bagus terlepas lagi.

KESEBELASAN LIVERPOOL UNTUK PIALA DUNIA

Kesebelasan Liverpool Piala Dunia
Memang kebetulan dengan musim Piala Dunia pemain-pemain Liverpool turut sama akan menunjukkan aksi dan cuba memenangi Piala Dunia dengan negara masing-masing. Tetapi yang paling kebetulan ialah jika disusun lengkap jadilah satu pasukan. Pelik tapi benar.

GK - Pepe Reina (SPAIN)
LB - Daniel Agger (DENMARK)
CB - Jamie Carragher (ENGLAND)
CB - Martin Skrtel (SLOVAKIA)
RB - Glen Johnson (ENGLAND)
LM - Ryan Babel (HOLLAND)
CM - Javier Mascherano (ARGENTINA)
CM - Steven Gerrard (ENGLAND)
RM - Maxi Rodriguez (ARGENTINA)
F - Dirk Kuyt (HOLLAND)
F - Fernando Torres (SPAIN)

SASARAN RAFALUTION 2010 : EDIN DZEKO

Nasib baik Steve McLaren jadi pengurus Wolfsberg. Memang baik hati pengurus ini. Dia mungkin bakal memberikan bonus buat pasukan kita. Jika betul yang beliau mahukan Babel dan Lucas dan bersedia menukarkan dengan Edin Dzeko dengan bayaran yang sedikit. Ini macam cerita mitos. Perigi cari timba.

Peminat dah bosan menunggu Babel jadi Henry atau Lucas jadi Dunga. Sebabnya sudah diketahui ramai. Umpama menunggu kaldai bersuara merbuk. Cuma mungkin McLaren ada ubat ajaib untuk kembalikan mentaliti Babel kepada zaman dia di Ajax. Malah Mclaren sudah lihat dalam bola kristal yang Lucas adalah bakal setanding Gerrard adanya.

Berbalik kepada Dzeko. Pemain Bosnia ini tiba-tiba meletup menjadi bintang padahal sebelum ini beliau adalah pelarian perang. Walaupun Wolfsberg bukan lagi Juara Bundesliga namun Dzeko masih pemusnah berbisa. Beliau masih menjadi penjaring terbanyak musim ini. Gandingan beliau dengan Grafite adalah gandingan mantap yang memeningkan pertahanan lawan. Kalau jadi dia ke Anfield maka tak tidur malam Alex Ferguson.

Sebelum kita dikhayalkan dengan lebih jauh dengan khabar angin ini. Baik kita memandang kepada realiti sementara. Rafa mungkin akan menyerahkan Babel tetapi untuk Lucas agak mustahil rasanya. Tapi kalau Lucas kena jual sebab rafa tiada pilihan ,pastinya masa depan Aquilani lebih cerah untuk menyinar.

May 23, 2010

SASARAN RAFALUTION 2010 : MICAH RICHARD

Umpama mimpi disiang hari jika Rafa berjaya kebas Micah dari Man City. Ini berikutan Man City adalah pesaing kita untuk Liga Juara-Juara. Lagipun bakat Micah masih belum terserlah sepenuhnya, walaupun telah tenggelam dengan kemasukan Zabaleta. Manakala beliau telah tersingkir dari pemilihan ke Piala Dunia kali ini.

Bak kata orang, belum cuba belum tahu. Jika betul dia tiada masa depan di Man City kerana ada ura-ura Maicon akan dibeli oleh Mancini, apa tunggu lagi. Pemain utiliti ini boleh bermain diposisi bek kanan dan tengah. Kalau dapat boleh letak Micah dikanan dan Glen J main diposisi sayap. Selesai masalah bahagian kanan rasanya.

Saingan untuk dapatkan Micah pastinya sengit. Tapi kalau bersungguh-sungguh mesti jadi punya. Boleh jual Skrtel kepada sesiapa yang berminat untuk tampung kos pembelian. Apapun juga Gary Cahill adalah agenda utama untuk mengreformasikan benteng pertahanan Liverpool.

SASARAN RAFALUTION 2010 : ADRIANO

Khabar angin ini kira-kira macam 2/10 boleh dipercayai kot. Sumber agak meragukan kerana tiada wawancara samada Rafa atau Adriano mengesahkan cerita tersebut. Tetapi bagi saya walaupun khabar angin tapi agak tidak keterlaluan jika ianya MUNGKIN boleh terjadi.

Pertamanya, Adriano telah berpatah arang dengan Selangor, eh maksud saya Inter Milan. Merajuk sampai balik kampung di Kodiang, Brazil. Ini semua gara-gara Mourinho tegur pasai kerap pergi Kedai Nasi Kandaq.. Memang tidak dinafikan perangai beliau agak keterlaluan dan suka lawan jurulatih tetapi mungkin sekarang dah insaf.

Keduanya, kontrak Adriano bakal tamat tak berapa lama lagi. Barang percuma macam ini akan direbut bukan saja oleh Rafa tetapi Raja Barang Percuma iatu Usin Wenger. Sudah lah semalam dah konpom dapat Camakh, Adriano pon Wenger nak pulun juga. Nasib baiklah Jovanovic setuju main dengan kita musim depan walaupun dah tentu tak main Liga Juara-Juara.

Ketiga dan akhir sekali, risiko yang harus diambil selain tak menjadi atau kerap cedera, ialah pemain macam Adriano mesti mahu gaji macam Torres walaupun belum tentu sebagus Torres. Kalau bagus sekalipun mungkin tak sama dengan Adriano yang saya minati ketika bermain di Parma suatu masa dulu yang mempunyai sikap dan kesungguhan jitu.

May 22, 2010

AMBOI KAHWIN TAK JEMPUT



Daniel Agger telah menjadi raja sehari minggu lepas. Dia jemput semua peminat sebenarnya tapi hangpa ada duit ke nak pi Denmark. Sampai ada kenduri kawan dekat Johor pon kirim tahniah jer, inikan pula kat Euro sana. Apapun jua mereka mungkin tidak akan berbulan madu di Langkawi atau Tioman, sebab Agger kena main Piala Dunia.

SASARAN RAFALUTION 2010 : RETO ZIEGLER

Reto Ziegler pula dikaitkan untuk posisi bek/sayap kiri. Mungkin kerana masa depan Riera atau Babel sudah sampai penghujungnya. Malahan Aurelio mungkin akan dilepaskan. Jadi hanya tinggal Insua di posisi bek kiri. Rafa mungkin cuba melastik dua ekor burung dengan sebiji batu. Pemain itu berupaya bermain untuk kedua-dua posisi samada menyerang atau bertahan disebelah kiri. Dikatakan juga beliau mempunyai teknik hantaran lintang yang bagus, macam Aurelio.

Malang sekali pemain ini baru semusim-dua bermain bagus setelah bermusim-musim menjadi bangsat dimerata tempat. Mulanya menonjol di Zurich, kemudian Spurs sambar. Lepas semusim main bagus, tiba-tiba tak mejadi musim seterusnya. Kena pinjam ke Hamburg tapi masih serupa. Balik ke Spurs dan Wigan cuba nasib beri peluang. Begitu  juga tak berubah. Kena pinjam ke Sampdoria hingga 2 musim baru main elok balik.

Kalau tak silap kita pernah ambil pemain sebegini, malah diposisi yang hampir sama. Andreas Dossena kot nama dia kalau tak silap. Baru semusim jadi pemain Bek Kiri terbaik Italy terus Rafa sambar tanpa usul periksa. Lepas tu pula, siap jual pemain kesayangan peminat iaitu John Arne Riise sebab Rafa rasa Riise tak pandai bertahan. Akhirnya Rafa sendiri akur yang Dossena lagi haprak dari Riise malah jadi lubuk untuk lawan.

Walaupun mungkin Ziegler sudah matang tetapi bagi saya, beliau tidak akan membawa pasukan kemana-mana. Kalau Rafa dah teringin sangat dengan Ziegler, mungkin kita boleh lihat kelibat mamat ini yang akan bermain dalam Piala Dunia nanti bersama pasukan Swiss.

May 21, 2010

ABAI KELUARGA DEMI NEGARA

Carragher korban cuti

IRDNING: Jamie Carragher sepatutnya meluangkan masa membawa isteri dan anak ke Disneyland, Isnin depan.Sebaliknya, pemain pertahanan Liverpool itu akan berada di Wembley sambil berharap dapat mengukuhkan posisinya dalam rancangan Fabio Capello ke Piala Dunia untuk aksi pemanas badan penting England menentang Mexico.

Walaupun Carragher meninggalkan skuad kebangsaan pada 2007, pemerhati luar menjangkakan sebulan lalu bahawa pemain itu akan kembali dalam skuad Capello.Carragher sendiri mengakui tidak menyangka menerima panggilan menyertai skuad kebangsaan dan selepas menerimanya dia bercadang untuk menunjukkan kesungguhan kerana sedar masanya untuk berada di puncak semakin hampir ke penghujung.


“Saya sedar apa saja saya kata kepada Capello akan menjadi tumpuan,” kata pemain berusia 32 tahun itu ketika berehat selepas menjalani latihan bersama skuad Piala Dunia England di Banjaran Alps Austria.

“Namun saya sudah bermain bola sepak sejak berusia lima tahun dan dalam tempoh lima tahun lagi saya mungkin tidak akan menyepak bola lagi.

“Jadi peluang bermain di peringkat tinggi sekali lagi menjadi peluang yang sukar dilepaskan.”

BENITEZ YAKIN MASA DEPAN



MADRID: Jurulatih Liverpool dari Sepanyol, Rafael Benitez, yang masih belum pasti nasibnya di Anfield dan dikatakan bakal berpindah ke Itali berkata, masa depannya masih bersama kelab itu.
“Saya masih mempunyai baki empat tahun daripada kontrak saya di Liverpool. Saya cukup gembira. Saya harap Liverpool akan kembali kompetitif. Masa depan saya ketika ini adalah bersama Liverpool,” katanya ketika sidang media di Madrid.

Jurulatih berusia 50 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus. Dia juga dinamakan sebagai pengganti berpotensi selepas Jose Mourinho di Inter Milan jika jurulatih Portugal itu berpindah ke Real Madrid.Bagaimanapun Inter Milan menafikan laporan bahawa mereka sudah menghubungi Benitez manakala Juventus dijangka mengumumkan bekas pakar taktik Sampdoria, Luigi Del Neri sebagai jurulatih baru mereka lewat minggu ini.

Benitez yang menyertai Liverpool sejak 2004, berkata minggu lalu bahawa dia tidak boleh bercakap mengenai “masa depannya secara jangka panjang”.Liverpool berdepan musim mengecewakan, menamatkan musim Liga Perdana Inggeris di tangga ketujuh iaitu keputusan terburuk sejak 11 tahun lalu. Kelab itu juga tersingkir awal dari Liga Juara-Juara dan Piala FA. - AFP

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails