LONDON - Perpindahan Jose Mourinho ke Real Madrid telah mencetuskan situasi panik kepada kelab handalan Liga Perdana England. Selain pemain Chelsea, Didier Drogba, Frank Lampard dan Ashley Cole, Mourinho dilaporkan turut memburu pemain bintang Liverpool, Steven Gerrard dan Fernando Torres.
Mourinho yang membawa Inter Milan memenangi gelaran Liga Juara-Juara pada Sabtu lalu, akan diberi dana 100 juta euro (RM481.4 juta) bagi mengubah Real menjadi juara Eropah. Beliau akan menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab gergasi Sepa- nyol itu dengan pendapatan 8 juta euro (RM38.5 juta) setahun termasuk bonus sekiranya menghadiahkan Real gelaran Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara.
Bekas pengurus Chelsea itu juga mempunyai hubungan rapat dengan Michael Essien dan penjaga gol, Petr Cech sebelum meninggalkan kelab itu pada 2007.
Mourinho pernah dua kali cuba mendapatkan kapten The Reds, Gerrard ketika bersama Chelsea dan juga berminat membawa semula Torres ke Sepanyol.
Mourinho turut mengagumi kualiti yang dimiliki penyerang Manchester United, Wayne Rooney manakala kapten Arsenal, Robin van Persie dan penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor turut berpotensi sebagai pemain buruannya. Diego Milito, wira Inter yang menjaringkan dua gol pada final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, mungkin mengikut jejak langkah Mourinho ke Real bersama perancang, Wesley Sneijder dan penjaga gol, Julio Cesar. - Agensi
No comments:
Post a Comment