
Tak perlu diperkenalkan lagi sasaran Rafa kali ini. Dah berkali-kali cubaan mendaptakan pemain sayap Atletico ini sejak di Benfica lagi. Namun ianya tak berjaya disebabkan terlampau berkira bekas CEO dulu, Rick Parry ketika perbincangan dilakukan. Kalau diikut kualiti dengan harga yang diminta rasanya agak berbaloi 15juta pound. Akhirnya kita terpaksa membeli pemain yang lebih murah iaitu Jermaint Pennant.
Lupakan cerita lama. Kesediaan Rafa untuk mendapatkan Simao mungkin ada kaitan dengan ura-ura Benayoun untuk meminta talak dengan beliau. Chelsea dikatakan sangat berusaha mendapatkan pemain antarabangsa Israel ini. Malah Benayoun juga dirisik oleh kelab lamanya iaitu West Ham yang telah diurusi pengurus sebangsanya iaitu Avramt Grant.
Berbalik kepada Simao. Sesetengah orang melihat gaya permainan beliau iras-iras Luis Garcia. Tetapi bagi saya beliau lebih baik kerana jarang terkantoi bola tidak seperti Garcia. Malah pertahanan kita terkial-kial ketika menghadapi Simao yang penuh tipu daya. Walaupun begitu beliau bukannya kaki penerjun seperti rakan senegara iaitu Cristiano Ronaldo.
Jangan risau tentang belanja hantaran. Pasti Riera akan diletakkan dalam pakej perpindahan. Itupun kalau mereka terima cadangan itu. Kalau tidak kena cari lebih kurang 9juta pound barulah mungkin bidaan diterima.
woo header dah baru...Liverpool bersemangat baru nampaknye...ok la tu..harap tambah player england lebih ramai lagi bagusss....
ReplyDeleteTq.
ReplyDelete