LONDON - Rafael Benitez terus diberi kepercayaan untuk membimbing Liverpool. Pengerusi Liverpool yang baru, Martin Broughton menjelaskan bahawa Benitez adalah calon paling sesuai bagi menjadi pengurus kelab gergasi England itu.
"Benitez merupakan seorang pengurus yang baik dan kami mahukan dia agar terus kekal di sini (Liverpool)."Kontraknya bersama Liverpool masih ada lagi dan saya lihat tidak ada sebab untuk kami memecatnya," jelas Broughton yang juga Pengerusi British Airways.
Terdahulu, Benitez disebut-sebut bakal meninggalkan Liverpool apabila dia dilamar kelab Itali, Juventus.Sementara itu, Benitez berkata, dia masih belum memberi sebarang kata putus mengenai masa depannya di Anfield. (Rafa tengah tunggu lamaran Real Madrid kot)
"Saya belum bertemu dengan presiden baru dan saya pasti akan berjumpa dengannya dalam masa terdekat."Saya tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai masa depan saya mahupun kelab ini kerana kami telah mempunyai seorang presiden baru."Tugas saya adalah memberikan tumpuan sepenuhnya bagi menghadapi beberapa baki perlawanan yang akan datang," kata pengendali kelahiran Sepanyol ini. - Agensi
Bad news for us!
ReplyDeletehttp://www.mirrorfootball.co.uk/news/Liverpool-striker-Fernando-Torres-is-set-to-miss-the-rest-of-the-season-and-the-World-Cup-Exclusive-article395563.html
Ohh noooooooo!!
harap RAFA dapat pujuk BOSS baru untuk beli pemain baru.... beli yg ada class jgn beli yg masok angin.. tanya tores sapa yg layak jd teman dia di hadapan selain No.8 kita tu...
ReplyDelete