Setelah beratus-ratus artikel yang memuji pemain muda yang bernama Angel De Maria, barulah aku sedar yang Angel ini memang pemain yang mantap dari segala segi. Kalau nak bandingkan dengan Babel, beratus kali bagus bukan saja dari segi perangai tetapi juga cara main. Walaupun boleh menggelecek dia mampu melakukan hantaran lintang ala Ashley Young. Boleh kata dia tak main cara bodoh, serbu macam lembu yang selalu Babel main. Lagi satu yang aku suka ialah dia main umpama fulbek kedua dengan rajinnya turun membantu pertahanan.
Tapi aku rasa kita bakal dapat melihat yang pemain ini akan menyarung jersi Man U atau Chelsea. Ini kerana Rafa bakal diberikan dana tetapi dalam bentuk telur ayam :( Tapi kalau ada peluang jual Babel + Riera + Lucas, aku rasa mungkin kita masih ada peluang. Sekurang-kurangnya 25m juta pound akan diminta oleh Benfica. Barang baik bukannya murah.
tp bro kelab idaman dr kecil maria adalah manshit utd..
ReplyDeletex kn dia nk g klb msuh utama bg klb idaman dia..