
LONDON - Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina telah menandatangani sambungan kontrak selama enam tahun bersama kelab Liga Perdana England itu semalam.
Menurut Reina, ini boleh dianggap berita yang terbaik dalam hidupnya.
"Untuk bermain bersama Livepool adalah sesuatu yang istimewa. Saya telah berada di kelab ini selama lima tahun dan kini akan berada di sini enam tahun lagi. Ia sungguh menakjubkan," kata Reina.
"Saya berasa gembira untuk menandatangani kontrak baru. Ia mungkin satu berita paling baik dalam hidup saya kerana saya akan terus berada di sini."
Reina, 27, yang menyertai kelab Merseyside itu pada Julai 2005 dari Villarreal, merupakan salah seorang pemain yang terbaik berjaya ditandatangani pengurus Rafael Benitez dan sejak itu dia telah membuat 177 penampilan.
Pemain Sepanyol yang memenangi Piala Super 2005 bersama Liverpool dan Piala FA setahun kemudian berkata, ahli keluarganya merupakan peminat setia kelab itu.
"Isteri saya memberitahu saya, sejak dari awal lagi dia lebih gembira di sini (Anfield) dan saya rasa sangat gembira," katanya. - Reuters
No comments:
Post a Comment