Kemenangan keatas Burnley mungkin berpunca banyak faktor. Antara yang saya rasa begitu nampak sangat ialah taktik Rafa yang meletakkan Aquilani di posisi lebih menyerang yang selama ini dimainkan oleh Gerrard. Walaupun Burnley tidaklah setara mana namun separuh pertama liat juga nak tembus kubu mereka.
Jadi sifat kreatif Aquilani telah membuatkan pasukan lebih agresif menyerang tanpa perlu banyak berlegar dibahagian tengah dan hantaran kebelakang kurang berlaku. Gol kedua Gerrard mungkin ada sedikit sumbangan Aquilani, walaupun beliau secara tak sengaja terbabas dan membolehkan Gerrard melakukan rembatan padu. Tetapi yang paling nampak jelas ialah hantaran kilat untuk gol Maxi merupakan inisiatif Aquilani yang paling menonjol.
Namun langit mungkin tak selalunya cerah. Saya berani kerat kuku yang gandingan Lucas Macherano akan kembali menyinari Anfiled untuk pusingan kedua Piala Europa lawan Atletico. Rafa pasti memberikan alasan bahawa Aquilani masih belum pulih sepenuhnya. Bagi saya kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai, kalau takut nak guna Aquilani takut cedera, buat apa dari awal-awal beli pemain yang cedera.
Banyak lagi pemain kreatif yang tahan lasak macam James Milner ataupun Marek Hamsik, boleh dibeli awal musim ini. Untuk itu Rafa kena berikan Aquilani peluang sebelum habis musim ini. Lucas perlu lihat dan belajar dari bangku simpanan bagaimana untuk menjadi pemain tengah yang hebat.
dah nampak keyakinan aqualani ni, kalau aku pengurus, aku akan masukan dia ketika lawan team team mudah, bagi keyakinan dia meningkat dulu seperti lawan burnley tempoh hari,
ReplyDeletetapi aku rasa dah terlambat dah, kalau nak buat dari dulu lagi dah, bagi full game kat mamat ni
cuma nak kepastian tahap kecergasan dan kecederaanya, kalau semuanya ok, aku rasa lebih berbaloi baloi menyimpan dia berbanding si Lucas,
Ha ha mesti rafa tak setuju ngan aku!
aku setuju...permainan liv nampak bermaya dan kreaatif berbanding tanpa aquaman.si lucas adalah liabiliti pada liv..main jenis tolak belakang..aku memang kampeh tgk lucas main.Walaupun ada yang mengatan aquaman byk melakukan kesilapan, tetapi jika peluang tidak d berikan pada nya, sampai bila nak tgk peningkatan. Bagi aku pemilihan aqua bermain adalah lebih baik dari si lucas bebal(konon bagus/akulah pengganti alonso...hahahah)
ReplyDeleteLucas OK ape..
ReplyDeletecuma kengkadang aje la OK nya
tapi time dia OK tu dia buleh jadi superb jugak
aku pun pelik napa la rafa sayang sgt kt lucas ni..
ReplyDeletetahun dpan tukar coach la.. dh x bleh blah.. no idea
OK?...p la baca blog mana2 pon..sume dok bantai si luncai lucas.Pemain ni x layak dalam liverpool musim depan, kecualila bapak ayam benitez ni simpan lagi anak ayam kesayangannya..Jual alonso, senang untuk lucas main, kalo x jgn harap nk main..aku memang meluat habis...game2 akhir ni kalo je ada line up luncai ni, aku rela x tengok
ReplyDeletememang kena bagi aqua ruang lagi.kreativiti dia tu kalau dibiar tumpul.....
ReplyDeletelucas...ni kasi juallah..nombor 21 layak dipakai silva
sokong3...jual murah2...kira bundle terpakai.sapo nak beli lucas...100 darham...ini orang bawa sial pada liv
ReplyDelete