
Pasukan Wenger mungkin akan menjadi sedikit gusar kerana Fabegas susah tidak keruan di Emirates. Dia sedang menunggu pelawaan dari kampong halaman. Mungkin ibarat gagak pulang ke benua, Barcelona sudah menyEdiakan tempat untuk beliau di Nou camp. Tapi orang baru di posisi depan iaitu Chamakh amat saya kagumi. Beliau sanggup megenepikan pelawaan lumayan ditempat lain semata-mata untuk bersama menjadi senjata serangan skuad senapang. Gandinagn dengan van Persie mungkin agak menggerunkan dan pastinya akan melelahkan benteng pertahanan kita.
Tapi mereka ada lubuk sendiri, iaitu Almunia yang mulia menghadiahkan lawan gol gampang. Lagi satu Gallas sudah tiada lagi dalam pasukan mereka dan pastinya mereka akan membawa masuk Hangeland atau sesiapa sahaja yang lebih bagus dari bekas kapten yang celupar itu. Sol Champbell tak silap saya masih diberikan peluang untuk menjadi guru buat pertahanan muda mereka. Itu yang kita tiada setelah Hyypia merajuk membawa diri dan tidak sempat untuk memberikan tips dan petua untuk menjadi bek lagenda walaupun sudah di penhujung karier.
Tak kira siapa pun yang jadi pengurus musim depan, samada Kenny atau Roy atau Klinsmann, Tugasan pertama ialah membuang pemain yang tak diperlukan atau yang sudah tiada hati di Anfield. Kemudiannya kena cepat-cepat pujuk pemain utama untuk beri komitmen. Kalau tiada kata putus dapat diambil buat keputusan segera dengan menjual kepada pembida tertinggi. Lepas itu barulah cuba daptakan permata yang boleh digilap seperti Turan, Milner, Mata, Suarez, Kolarov dan sesiapa sahaja yang mampu dimiliki dan komited berjersi merah.
Tapi tak dilupai juga pemain veteran ala McCallister seperti Forlan, Simao, Bullard, Parker atapun Murphy yang boleh memberikan tunjuk ajar serta pengalaman yang diperlukan untuk membenntuk era baru pasukan Merseyside Merah. Dengan bajet ciput sekitar 12juta pound dan bertambah sehingga 130 juta (mungkin) jika kesemua pemain bintang dijual. Saya tidak berasa gusar jika tiada pemain bintang bertaraf dunia untuk musim depan. Ini kerana ego mereka pasti akan membantut pembinaan modal insan Liverpool yang bernafas baru. Ayuh Gunners kami tak risau langsung.
No comments:
Post a Comment