
Kolarov adalah pemain bek antarabangsa Serbia yang bermain untuk Lazio dan manakala Fiorentina pula mempunyai ayam tambatan yang tak kurang hebatnya iaitu Juan Vargas. Kedua-dua mereka menjadi buruan kelab lain seperti Chelsea, Man City, Bayern dan pasukan kita juga. Tetapi harga Kolarov pastinya melambung-lambung selpas Piala Dunia kerana aksi meyakinkan dengan pasukan Serbia. Manakala Vargas sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliaulah antara punca pasukan kita bungkus awal Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
Berbalik kepada Insua, saya rasa beliau membuat keputusan bijak untuk kekal di Anfield. Walaupun nasib beliau hanya akan ditentukan oleh Pengurus baru, tetapi jika beliau menjadi pemain pelapis pun tidak mengapa dengan usianya yang baru 21 tahun. Yang penting beliau bersabar dan menunggu peluang jika terdapat pemian yang lebih mantap dibawa masuk oleh pengurus baru. Dari pemerhatian musim lalu, Insua perlu banyak belajar ilmu pertahanan. Memandangkan beliau tiada saingan musim lalu maka terpaksalah Insuua bermain namun akhirnya tempat beliau diambil alih Agger diakhir musim.
Potensi Insua untuk jadi hebat memang ada. Malah kita boleh Nampak yang beliau mepunyai kebolehan semula jadi seorang fulbek yang baik. Mampu turun naik menyerang dan bertahan. Serta dapat melakukan hantaran lintang yang agak baik. Tetapi malang sekali permainan beliau masih belum konsisten. Kadang-kadang beliau senang dijadi pilihan pemain sayap untuk menyerang dari arah beliau berbanding sebelah satu lagi. Senang cerita beliau umpama lubuk serangan lawanlah.
Dari segi bentuk tubuh memang beliau kecil tetapi Ashley Cole pun sama. Tapi Ashley Cole mermang diakui adalah antara bek kiri terbaik Liga Perdana disamping Evra dan juga Glichy. Apa yang penting keazaman untuk menjadi hebat seperti mereka perlu ada. Mungkin ramai pemain bek kiri silih berganti namun jika Insua mampu memenuhi cabaran maka 2 atau 3 musim lagi beliau akan cukup matang untuk menjadi fulbek yang disegani di Eropah dan bakal menggantikan Heinze untuk menjadikan posisi bek kiri Argentina khas untuknya.
No comments:
Post a Comment