Walaupun sikit lagi saja Pak Cik Roy Hodgson akan ditabalkan untuk menjadi Pengurus Liverpoolfc, namaun ada lagi cerita pengurus lain yang cuba dipikat oleh Pengurusan. Dua orang pengurus muda yang lebih memukau iaitu Frank Ridjkaad dari Galastasaray dan terbaru Didier Deschamp dari Marseille. Ini bermakna Pak Cik Roy bukan pilihan utama, tetapi beliau adalah yang pilihan mudah.
Pengerusi Marseille telah menolak dengan sopan rancangan Puslow untuk berbincang dengan bekas Kapten Piala Dunia Perancis 1998 itu. Cuba fikir, siapalah yang bengong sangat nak lepaskan Ketua Revolusi kebangkitan Marseiile yang berjaya memecahkan kebuntuan 18 tahun untuk kejuaraan Ligue 1. Malah Nostalgia Deschamp sebagai pemain yang membawa Piala Juara Eropah tidak akan mereka lupakan.
Sebenarnya saya teramat kurang meminati pengurus dari Perancis. Lihat sahaja Houllier. Beliau adalah pelingkup Liverpool. Banyak tunggul kayu beliau bawa dari Perancis dengan pelbagai gelaran termasuk Zidane baru , Thuram baru, Tigana Baru dan macam-macam pemain yang kononnya bakal meletup.Tapi habuk pun tiada.
Tetapi oleh kerana pilihan utama iaitu Pak Cik Roy amat kurang popular bukan saya seorang cakap, malah ramai pun sependapat .Jadi pengurus yang lebih berprofil tinggi seperti Deschamp, Pallegrini, Ridjkaad mahupun Marcello Lippi lebih memberikan keyakinan. Mungkin itu tanggapan pra-matang, tetapi hakikat sebenar ialah kami mahukan Kenny Dalglish. Tetapi kalau Pak Cik Roy tetap ditakdirkan jadi pengganti Rafa kita tidak boleh buat apa kecuali berharap yang beliau dapat memberikan keajaiban sperti mana yang beliau lakukan di Craven Cottage.
Tidak kira siapa pun yang akan menggantikan Rafa sebagai pengurus, diharap dapat mengembalikan maruah Liverpool yang telah tercalar. Kami tidak mengharapakan kejutan yang besar.Cukuplah sekadar berada di kelompok 4 teratas dan salah satu piala.
ReplyDeleteentah lah aku pon tak berapa berkenan dengan pak cik roy tu, macam nampak lembik sikit takut tak tahan godaan si Lucas hancai tu....
ReplyDeletesapa pon pengurus yang bakal mengurus Liverpool yang paling penting Torres dan gerrad mesti kekal
kalau tanpa gerrad dan Toress,ambil siapa pon nasib Liverpool agak samar jugak....